SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100

Monday 22 March 2010

3 rahsia membuatkan gadis gilakan anda..

Anda tentu pernah mendengar nasihat turun-temurun untuk membuat gadis² gilakan anda..Tetapi malangnya nasihat ini semua hanya sedap didengar sahaja..Kesannya tidaklah yang anda jangkakan..

Gadis tidak akan gilakan anda..Malah mereka akan membenci anda & mengganggap anda sebagai lelaki lembik..

Berikut adalah segelintir rahsia yang digunakan oleh kebanyakan lelaki yang berjaya menambat hati wanita..Tidak kira wanita jelita atau jelek..Wanita tetap wanita..Rahsia berikut akan membuat sebarang wanita gilakan kamu..

1) Jangan memuji si gadis, tapi kutuk si gadis..Bukan hinaan dimaksudkan, tetapi kutukan yang lembut tapi jelas..Si gadis akan gelabah jika dikutuk & secara tidak langsung akan membuat dia tertarik dengan anda..

Contoh:

Si gadis memakai kasut buruk..Anda menegur kasut buruknya..

Si gadis datang lambat..Anda menegur, bukan marah, kerana dia lambat..

Lakukan kutukan ini hanya sekali setiap kali anda berjumpa si gadis..Jangan tamak..


2) Jangan jadi lelaki setimentel/emosi atau lelaki jiwang..Wanita mahukan LELAKI bukan NYAH..

Contoh:

Jangan sekali luahkan perasaan atau masalah anda pada si gadis..Dan jika si gadis luahkan perasaan atau masalah mereka, jangan layan..Tukar subjek perbualan ke topik lain..


3) Jangan bersikap terhegeh-hegeh dengan si gadis..Sebaliknya buat mereka terhegeh-hegeh dengan anda..

Contoh:

Jika anda keluar makan, jangan bayar untuk si gadis..Cadang untuk bayar bersama..Kalau boleh cari helah supaya si gadis bayar untuk anda..

Jika si gadis sms atau telepon anda, katakan anda sibuk walaupun anda tak sibuk..Sms atau talipon kembali si gadis dua jam kemudian atau esok hari..

Jangan jemput gadis di rumah atau tempat kerja si gadis..Suruh mereka tunggu di tempat yang sesuai untuk anda..Di situ, anda jemput si gadis dan tuju ke destinasi yang anda mahu..

Jika anda keluar dengan si gadis secara kumpulan, jangan layan si gadis..Tumpukan perhatian anda pada gadis² lain..Bila gadis bercakap dengan anda, jawab sepatah dua & dengan pantas alih perhatian anda ke gadis² lain..

Inilah antara rahsia yang membuat gadis² gilakan anda..Mungkin anda tersentak dengan rahsia ini..Sungguh berlainan sekali dengan nasihat yang anda pernah dengar..Tapi realitinya, rahsia inilah yang boleh membuat anda berjaya dengan gadis yang anda idamkam selama ini..

p/s : aku dah try dlu..memng menjadi..tapi 3 bulan je, lepas tu terus clash..ni bukan tips, ini tipu ni..

4 comments:

bidadarihijau said...

hahahaaha..
mmg tipu....

rinie said...

betol tu..mmg xkan berjayalah kalo nak pikat gadis gune cr mcm tu..cr tu mmg xgentleman lgsg..huhu..

Hanim Mahali said...

memang tips xboleh pakai... ;P
sebab saya pun dah tinggalkan laki yang camtu... ^_^

Cikgu Jaja™ said...

tak setuju!!! ;p hehe

Related Posts with Thumbnails