SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100

Friday 30 April 2010

Pengumuman Penting

Salam Semua..Salam 1 Malaysia!

Sebagaimana yang rakan-rakan sekalian ketahui, contest yang di anjurkan blog ni mendapat sambutan yang hangat.

Pada entri ni,saya ingin mengumumkan bahawa keputusan CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100 akan di umumkan selewat-lewatnya 10 Mei 2010

KEPADA PESERTA YANG NAMANYA TIDAK TERSENARAI
BUKAN BERMAKSUD PENYERTAAN ANDA TAK DITERIMA
TAPI AKU TAK SEMPAT NAK UPDATE
TUGASAN BANYAK SANGAT SEMENJAK DUA NI
APAPUN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENYERTAI
KONTEST INI

Sunday 11 April 2010

Taman permainan kanak-kanak..

Salam semua..

Baru² ni sempat aku menghabiskan masa nak berjogging memandangkan kadar perkembangan perut aku agak ketara..Disebabkan aku khuatir perutku kembang mendadak tidak terhalang, maka aku berjinak-jinaklah dengan aktiviti senaman & sukan..Dulu aku agak aktif, zaman sekolah sampai ke IPT la..Lepas grad je, dah kurang aktif..Habis kuat pun sebulan sekali main futsal, seminggu sekali layan badminton..

Alkisah aku pun pergi la ke satu taman permainan kanak² sebab kat situ ada track khas untuk berjogging..Takde la besar mana, kalau nak besar² bukan aku larat pun nak pusing..Sesampainya di sana aku dikejutkan dengan situasi & keadaan taman tu yang memang CANTIK sangat..Terpegun aku dibuatnya..

Disebabkan aku terpesona, maka aku kongsikan dengan korang keadaan taman yang CANTIK & MEMPESONAKAN tu.....


p/s : Cantik kan..? Terpesona tak..?

Thursday 8 April 2010

Evolusi KL Drift 2 - Memang best la..

Evolusi KL Drift 2 memang ternyata memberikan kepuasan kepada sesiapa yang menonton..Sebelum ni aku susah sangat nak ada masa pergi menonton wayang, maka semalam aku sempat meluangkan masa menonton cerita ni..

Dalam iklan memang gempak habis, macam tu jugak realiti filem ni..Penuh aksi mendebarkan, paparan aksi kejar mengejar, tembak² memang best la..Aku salute kat Shamsul Yusof pasal menghasilkan filem yang berkualiti tinggi..Tak rugi aku membuang masa & duit pergi tengok filem ni..

Aku pun salute habis kat Aaron Aziz sebab dia berjaya menghidupkan watak jahat sampai aku pun naik benci..Babak Shamsul merayu-rayu kat Joe mintak jangan diapa-apakan kawan² dia tu antara yang hidup..Sepenuh perasaan tu..

Apapun, aku bagi rate 5 star kat filem ni walaupun aku pergi menonton agak lewat..Masa aku kat office lagi banyak dari masa lapang aku beb..

Jalan² carik makan..

Salam semua..

Mood kursus telah bermula..Nampaknya aku tak habis² kena pergi sini sana..Disebabkan masa yang agak fix, maka seorang rakan dengan baik hatinya telah menapaukan untuk aku makanan ringan..Katanya buat alas perut dalam perjalanan ke lokasi kursus nanti..

Aku pun mula² pelik, apsal la dia kasik aku buah epal dalam kotak

Satu kali donat la..Sedap plak tuh..

Sedap jugak donat tuh, ade perisa durian lagi..Betul² pure rasanya, sudahlah aku ini hantu durian..Yang satu lagi tu ade keju plak, masin² manis..Aku ni bukannye jenis yang biasa beli benda² macam ni, tu yang sekali dah rasa mula la nak terjebak kang..

Apa pun selepas mengharungi kursus pada sebelah siang, aku kembali ke Johor Bahru..Bukan jauh sangat pun Melaka - JB..Lapar la plak, maka aku pun ajak la isteri tercinta singgah makan kat ZZ Corner..Sape biasa lepak situ..? Sup gearbox power punya..Hehee


Lihatlah tempat makan yang simple, konsep makan bersila..Dengan menu² yang membuka selera rakus aku ini..Err, yang murtabak tu aku tapau dari Muar..Bukan order kat kedai ni..Aku order Mee Bandung manakala isteri aku pulak order Mee Sup..Sedap, memang susah nak jumpa mee bandung yang sedap kat JB ni..Buktinya.....


Sedap ke lapar ni ek..?

So, kepada sahabat² yang nak datang ke JB kalau nak carik tempat makan best² tu boleh la contact² kawan² kat JB ni..Nanti pandai² diorang la bawak korang makan kat tempat yang best..

Tuesday 6 April 2010

Semalam..

Salam semua..

Semalam aku menghabiskan masa lepas balik dari kerja dengan aktiviti rumah..Santai² jugak la semalam coz aku balik awal..Sekitar jam 2.30 petang aku dah cabut, mintak half day sebab rasenya dah lama aku tak habiskan masa dengan family tersayang..

Jom kita selongkar ape kebenda yang aku buat sepanjang hari semalam..

Balik² rumah je seperti biasa, aku akan memandikan kucing² busuk ini..Tengok gambar di atas, betapa murungnye wajah mereka seharian tak mandi..Mesti malu kena kutuk dengan kawan²..

Selepas selesai memandikan kucing² maka aku pun mandi jugak..Takkan la nak letak gambo jugak..

On the way menuju ke Tesco Plentong..Masa ni lebih kurang jam 5 petang, keadaan jalanraya agak sesak..Biasa la, time orang balik kerja..Maka bersabar la menghadapi kesesakan..

Membeli barang² dapur di Tesco (bukan nak promote Tesco ok)..Setiap bulan memang wajib la bagi aku untuk membeli barangan dapur di Tesco..Biasanya destinasi aku antara 2 lokasi la, kalau tak Tesco mesti Pasar Borong Pandan..Murah..

Settle beli barang² dapur, perut aku lapar la plak..Maka aku pun pergi la mencari tempat makan yang best..Duduk minum air kelapa, ambik ko gelas dia..Boleh jadik kembung perut aku..


Disebabkan tahap kelaparan melampaui batas kemampuan perut, maka aku pun memesan Kue Teow Kung-Fu..Aku suka makan kat sini pasal kuantiti makanan dia memang melampau banyak..Lepas tu sedap pulak, kalau tak sedap takde maknanya aku nak landing kat sini..

Sebelum

Selepas

Selesai je makan, maka perjalanan seterusnya ialah kembali ke rumah..Macam biasa la, lepak sambil menonton TV sudah..

Monday 5 April 2010

Mengapa harus bersedih..?

Allah benar janji-Nya..Allah telah menentukan sesuatu..Yang hilang tidak bermakna binasa, yang pergi tidak bermakna kita hilang segala..Kalau kita ukur banyak mana yang Allah ambil dibanding dengan banyak mana yang telah Allah beri kepada kita..

Firman Allah :

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." (Surah Ibrahim : 34)

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya, harta yang melimpah ruah..Pandang di sekeliling korang, apa yang kurang..? Takde yang kurang..Rumah, kereta, isteri, anak-anak segalanya cukup..

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa mesti berdukacita..? Mengapa harus bersedih..? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik..? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain..Tidak mustahil..

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya..Yakinlah..

Firman Allah :

“Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita." (Surah al-Ankabut : 33)

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak, penyakit yang menimpa, masalah keluarga yang banyak, masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan ini..Maka dia bersedih dan berdukacita..Jiwanya tertekan, muka muncung je sampai boleh buat gantung hanger..

Mengapa harus bersedih..? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah..? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah..Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini..Masalah yang besar yang tetap kita akan hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan..Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu..

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak membuat kita tertekan..Anak kita nakal, degil, tak dengar kata, suka melawan dan sebagainya..Bukankah sudah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha mendidiknya..? Ingatlah, setiap didikan (yang baik) yang kita beri kepada anak kita akan dibalas dengan ganjaran pahala oleh Allah SWT..

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini selain berdepan dengan hasutan iblis dan syaitan..? Iblis dan syaitan yang sentiasa menghasut kita untuk melakukan kejahatan..Sebab itu mujahadatun nafs (melawan nafsu), melawan iblis dan syaitan itu adalah asas kepada jihad manusia di muka bumi ini..

Iblis telah bersumpah kepada Allah SWT bahawa dia akan menyesatkan anak-anak Adam..Mereka akan berusaha untuk melakukannya sepanjang hayat kita..

Masalah yang kita lalui mematangkan pemikiran kita, mendewasakan kita..Akhirnya orang yang sudah banyak lalui masalah akan menjadi manusia yang tenang kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi..

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah, kita mesti terus berusaha, hanya Allah yang menentukan segalanya..

Pusara di lebuhraya..

Dalam perjalan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui

Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi

Terbayanglah kisah lalu
Bila kau disampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku

Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan pusara ini menjadi bukti

Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya

Kini engkau tiada lagi
Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi

Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi
__________________________________________________________

p/s : Kata orang..Kalau kita sabar, kita akan dapat balik apa yang kita pernah hilang..Tapi..Apa yang paling kita sayang tu yang kita takkan dapat..

Pertama dan terakhir..

Salam semua..

Pertama & terakhir, macam tajuk lagu kumpulan Rusty Blade la plak..Tapi kali ni aku bukan nak story pasal lagu, aku nak story pasal pertama & terakhir..

Apsal plak pertama & terakhir..? Sebab aku nak sharing pasal ABPBH malam tadi..Meriah tak..? Penuh warna-warni & lip-lap²..ABPBH yang berlangsung malam tadi diselubungi kesayuan di sebalik wajah² ceria..

Pertama & terakhir ni aku ceritakan tentang pencalonan yang diterima Allahyarham Din Beramboi..Siapa sangka ini adalah pencalonan pertama buat dirinya & yang terakhir jugak..? Din meninggalkan kita saat namanya sedang berada di puncak, pasti meninggalkan kesan mendalam buat kita..Perasaan sayu dapat dilihat dari text ucapan Aznil yang juga merupakan antara insan yang paling dekat dalam hidup Din..

Tak lupa jugak tribute to Allahyarham Ustaz Asri, memang feel la..Tak sangka kita kehilangan permata² seni yang begitu berharga di saat kita mencari bintang² untuk digilap..

Apepun, ABPBH malam tadi memang best..Pengacara memang sempoi cuma aku agak terkilan sikit la bila Shira kerap bermain perasaan sampaikan kita boleh tengok dengan jelas mimik muka Kak Engku nampak marah di akhir² rancangan..Performance dari opening sampai closing memang mantap terutama gandingan Black, Jacqueline Victor & Wings..Finally, dapat jugak aku tengok Wings live in TV selepas sekian lama mereka tak muncul..

Kepada peminat² Search & Wings, kita jumpa di konsert Double Trouble, 1 Mei nanti..!

p/s : aku tengok ABPBH pun sebab nak tunggu Wings perform je..

Sunday 4 April 2010

Hari ini yang hangat..

Salam semua..

Hangat betul hari ni walaupun hujan dari pagi tadi..Bukan hangat ape, hangat dengan program² yang membuatkan aku duduk rumah je sepanjang hari ni..Mungkin hujan jugak antara penyebab aku melepet kat rumah ni..

Hari ni ada Formula 1 kat Sepang, jadi aku pun tak melepaskan peluang menonton dengan lebih dekat lagi..Bukan kat track, tapi depan TV..Kira dekat la tu, kalau korang tengok kat Sepang bukan dapat tengok full-lap pun..Habis tengok F1 pulak, nak standby untuk malam ni punya ABPBH..

Aku difahamkan oleh satu sumber yang menyatakan ada kejutan di ABPBH malam ni walaupun dalam paper semalam kata takde ape² kejutan..Yang penting aku nak tengok perform dari kumpulan Wings je..Korang ingat selama ni aku tengok majlis² ni sebab nak tau sape pemenang anugerah..? Aku just nak tengok live perform dari band² lama je sebab time macam ni je diorang akan buat come back on TV..Nak tengok konsert kadang² jauh sangat..

Apa pun aku harap hari ni memberi keceriaan kepada korang semua, esok datang balik la kusut pasal dah kerja & study..Jangan lupa dapatkan tiket konsert DOUBLE TROUBLE - SEARCH VS WINGS yang akan berlangsung pada 1 Mei nanti..

Friday 2 April 2010

Din Beramboi meninggal dunia..

Salam semua..

Sorry lambat update, memang tak sempat nak update memandangkan kerja aku banyak minggu ni..Yang mengejutkan aku pagi tadi, aku mendapat berita mengenai Din Beramboi meninggal dunia sekitar jam 2 pagi oleh seorang sahabat yang bekerja dengan akhbar tempatan..Terkejut jugak sebab aku rasa semalam baru aku ada terbaca mengenai Twitter beliau di blog seseorang..Allah lebih sayangkan Din..

Menurut sahabat aku, Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.30 malam..Jadi pagi tadi aku pun beli Harian Metro, memang betul info yang diberitahu..

Kepada semua rakan², marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi..Semoga dia ditempatkan bersama orang² yang dirahmati Allah..Sunyi sudah konti radio Era pagi² tanpa beliau..

Thursday 1 April 2010

Sekadar renungan bersama..

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya..

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh..

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya..

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu..Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih² lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin..

Banyak lagi lelaki lebih² lagi yang bergelar suami perlu tanggung..Kalau nak dibayangkan beratnya dosa² yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut..Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki..Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa² yang ditanggung (ikut kajian laa)..

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT..Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan..Begitulah kira²nya..

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki..Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya..Saksinya kurang berbanding lelaki..Menerima pusaka kurang dari lelaki..

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak..Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya..Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki..Pernahkah kita lihat sebaliknya..?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat..Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah² bukan..? Itulah bandingannya dengan seorang wanita..

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya..Bukankah ibu adalah seorang wanita..?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak²..

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil..Manakala dosanya diampun Allah (dosa kecil)..

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

  1. Ibunya
  2. Isterinya
  3. Anak perempuannya
  4. Saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

  1. Suaminya
  2. Bapanya
  3. Anak lelakinya
  4. Saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui mana² pintu syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

  1. Sembahyang 5 waktu
  2. Puasa di bulan Ramadan
  3. Taat kepada suaminya
  4. Menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki..Kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu Allah mengangkat kamu menjadi pemimpin..Maka dengan keistimewaan itu, jagalah dan hargailah wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing² dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisinya..

Firman Allah :

"Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah disatukan hati kamu semuanya sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatnya"

(Surah Ali-Imran : 103)

Pada hari itu (hari Qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan..Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri..

Sebelum kahwin & selepas kahwin..

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

nak buat macam mana..? Renungkan la....

Wednesday 31 March 2010

Nak cuba menulis novel la plak..

Salam semua..

Dah memang jadik tabiat aku suka menulis, cuma tak tau la sebab apa aku nak menulis..Tapi kebelakangan ni aku rasa macam nak menghasilkan sebuah karya (pergh, ayat!)..

Mengingatkan aku lebih kurang 5 tahun lepas, aku ada menulis sebuah cerkon (cerita kontot) berjudul 'Litar' yang mengisahkan kehidupan seorang pelumba haram..Walaupun karya tersebut hanyalah sebuah karya yang sia² sebab lepas tu aku buang ke dalam tong sampah, tapi ada sorang kawan tu suruh aku tulis semula cerita tu cuma buat dalam bentuk novel atau e-book..

Agaknya kalau aku buat laku ke..? Silap² takde orang beli..Tapi bak kata orang, kalau tak cuba mana nak tau..So, aku pun akan memulakan pengajian cara² nak hasilkan sebuah e-Book sebelum aku melancarkan hasil pertama aku nanti..

p/s : korang beli la..kalau best boleh aku buat yang seterus²nya..

Seorang lagi bayi ‘terbuang’..?

Belum reda kisah seorang bayi perempuan ditemui dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di sini pada Sabtu lepas, timbul pula kisah seorang bayi perempuan yang ditinggalkan oleh ibunya sejak seminggu lalu..

Nasib yang dialami bayi perempuan ni agak baik la sebab dia ditinggalkan kepada seorang wanita di sebuah rumah di Ipoh..Ibu bayi itu menemui wanita tersebut minggu lepas & meminta dia menjaga anaknya yang baru berusia beberapa hari..

Aku terbaca artikel berkenaan kat Utusan Online & tak sangka gejala buang bayi ni dah jadik macam trend la plak..Apa la nak jadik dengan manusia ni..?

Tuesday 30 March 2010

Bank yang sangat menyusahkan..

Salam semua..

Pergh, 2 hari tanpa apa² update..Comform traffic blog aku down, silap² takde orang terjah..Maklum la, aku bukan blogger ternama..

Ape pun aku mulakan entry aku selepas 2 hari tanpa apa² update dengan sebuah kisah yang sangat menyakitkan hati..Aku terkena macam ni, korang pernah tak..?

Aku nak apply personal loan sebab aku nak pindah ke Putrajaya dalam bulan 6 nanti, so kena ada persediaan dari segi rumah & segalanya..Nak harap saving..? Dah kering dah lepas kahwin, lepas kereta aku timing-belt putus..So aku pun apply la personal loan kat sebuah bank ni..

Disebabkan gaji aku melalui Maybank, maka aku kena la dapatkan bank statement dari Maybank..So, aku pun terjah ke Maybank berhampiran office..Masuk je pintu bank, ada sorang pakcik guard kat situ tanya aku nak buat urusan ape..Bagus guard kat sini, siap dia escort aku sampai meja pegawai berkenaan..

Guard memang bagus, tapi staff dalam macam ****..Mula² guard tu kata kena jumpa Puan A (nama aku rahsiakan la, takut ade yang TERASA plak)..Puan A pulak suruh aku jumpa Encik B..Sampai kat Encik B, dia kata aku kena pergi kat Maybank tempat aku buat akaun aku..Kepala hotak dia la..Dah la aku jadik macam bola, hujung² kena pergi kat cawangan tempat aku buat akaun tu..Agaknya kalau aku buat akaun kat Kota Bahru, kena pergi sana la nak ambik bank statement..?

Takpe, rilek..Aku pun start kereta, rembat sampai kat cawangan Maybank tempat aku bukak akaun aku..Seperti biasa, guard memang tip-top..Suruh aku jumpa Puan C kat meja belakang..Aku pun pergi la ke meja Puan C, disuruh aku tunggu Puan D kejap..Aku pun tunggu, tengok jam dah pukol 3 petang..Nasib baik la office tu macam office hak milik bapak aku, boleh aku suka-suki keluar (bos, jangan marah kalau terbaca..hehee)..Setengah jam jugak aku keras tunggu Puan D, baru la dia muncul..So aku pun cakap la nak ambik bank statement sebab nak apply personal loan..

"Oh, bank statement ye..? You kena jumpa Encik E kat meja belakang ni," jawab Puan D selamba..

Ape motif aku tunggu Puan D lepas tu dia suruh aku jumpa Encik E kat belakang plak..? Sedangkan aku tengok Encik E ada je kat situ & tak busy mana pun dari tadi..? Hati dah panas, tapi rilek..Maka dengan bengkeknya aku pun jumpa Encik E..

"Bank statement awak kena isi form, lepas tu serah kat sini..Esok baru boleh ambik..Sertakan bayaran RM5 & cas sebanyak RM1 sehelai," demikian penerangan Encik E..

Kalau dia bagitau awal² kan senang..Tak payah aku buang masa menunggu..Isi form lepas tu blah, esok datang balik ambik bank statement..Dah la staff masing² muka ketat je, nak senyum pun macam kena bayar je..Sorry la kalau ada sape² yang kerja Maybank terasa ngan entry aku kali ni, tapi sape pun bengang kalau kena macam ni..Semua orang pun ada tekanan dengan kerja masing², tapi agak² la..

  • Jangan buat orang macam bola..Kejap ke sini kejap ke sana..
  • Jangan buang masa orang..
  • SENYUM & MESRA kepada orang ramai..
  • Orang lain pun tension jugak, tapi jangan la nak lepas tension kat orang plak..Kalau kena tampo kang dah susah..

Sunday 28 March 2010

15 Gaya tidur paling memikat..



COMING SOON!

COMING SOON!

BERSEDIALAH ANDA UNTUK MEMERAH OTAK

MENGGIGIT KEYBOARD

UNTUK MENYERTAI SEBUAH CONTEST

DENGAN HADIAH UTAMA

YANG LUMAYAN!

Buang bayi: Polis tubuh pasukan khas - Dah jadi barah baru nak diubat..?

KUALA LUMPUR 27 Mac - Polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengesan individu yang membuang bayi lelaki di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Sungai Buloh untuk mengenal pasti beberapa maklumat termasuk keturunan bayi itu.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan individu yang membuang bayi malang tersebut tinggal di kawasan berhampiran.

_______________________________________________________________

Kenapa mesti bila penyakit dah menjadi barah baru nak carik jalan penyelesaian..? Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saje berita baru mengenai penemuan bayi atau mayat bayi yang dibuang oleh mereka² yang tak bertanggungjawab ni..Sedih, marah & geram bila terbaca berita mengenai pembuangan bayi ni..

Apa sebenarnya bentuk hukuman yang sesuai kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas pembuangan bayi ni..? Pada aku baik dipenjara & sebat je..Kalau bayi yang diorang buang tu mati, perlu diwartakan di bawah Seksyen 302..Sama la dengan kesalahan membunuh..

Saranan aku sebagai masyarakat, pihak berkuasa perlu tegas dalam membanteras gejala buang bayi ni..Bayi bukan sampah nak dibuang-buang, bayi tu manusia..Takde dosa, bayi tu suci..Yang penuh kekotoran tu mak bapak dia..Jadik elok sangat la kalau dikenakan hukuman paling tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab membuang bayi tu..

Pencerobohan Israel ke atas Palestin satu tindakan yang biadab..

Saban hari bila baca paper atau tengok berita je mesti ada cerita pasal Israel & Palestin..Israel memang tak sudah dengan sifat bongkaknya, Palestin pulak kene tindas & dipijak..Sedih bila tengok gambar² rakyat Palestin kena tembak, cedera & mati..

Beberapa petikan berita yang aku baca pagi tadi cukup menyakitkan hati..Tatkala Palestin semakin dihimpit oleh kebiadapan Israel, masyarakat dunia terus membisu seolah menyokong tindakan kejam Israel itu..Sudahlah Amerika menjadi seteru kuat Israel, di mana negara² Islam..?

____________________________________________________________

Kereta kebal Zionis ceroboh Gaza

GAZA CITY 27 Mac - Seorang rakyat Palestin terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam serangan sepanjang malam oleh kereta kebal Israel yang menceroboh Gaza selepas dua askar Yahudi dibunuh pejuang Palestin semalam.

Angka kematian dan kecederaan terburuk dalam keganasan di Gaza dalam tempoh 14 bulan lalu ini berlaku apabila kereta kebal Israel melepaskan bedilan, menurut pegawai perubatan Palestin.

Menurut saksi, serangan ke atas Genting Gaza oleh pasukan tentera darat Israel turut disokong dengan helikopter.

Kereta kebal tersebut memasuki bahagian Khan Yunis, Gaza untuk satu tempoh singkat sebelum kembali semula ke kawasan Israel.

Pencerobohan itu berlaku selepas satu pertempuran ganas semalam di sempadan antara Genting Gaza dengan Israel yang mengorbankan dua askar dan seorang pegawai Yahudi serta empat penduduk Palestin, lapor tentera Israel.

Pegawai Palestin bagaimanapun masih belum mengesahkan angka tersebut.

Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas yang memerintah Gaza mengaku bertanggungjawab membunuh dua askar rejim Zionis itu dalam pertempuran sengit di wilayah itu sejak berakhirnya Perang Gaza 2008-2009.

Briged Al-Quds, satu lagi sayap tentera pejuang Palestin, Jihad Islam turut melaporkan pertempuran dengan tentera Israel.

Sementara itu, tentera Yahudi melaporkan bahawa pejuang Palestin telah melancarkan serangan roket dari Genting Gaza ke Israel pagi tadi namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan. - AFP

Saturday 27 March 2010

Diseksa kekasih garang : Tak pepasal je kene hempuk dengan awek..

KUALA LUMPUR: Awek ganas! Hanya kerana dinasihati kekasihnya supaya menjadi perempuan baik, seorang gadis sanggup membelasah teman lelakinya selepas dia dikatakan tiba-tiba naik angin dan mengamuk dengan memaki serta memukul mangsa di depan khalayak. Dalam kejadian jam 7 malam Rabu lalu, mangsa, seorang penghantar surat berusia 20-an bertemu teman wanitanya itu di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Ketika itu, berlaku sedikit perselisihan faham apabila mangsa menegur kelakuan teman wanitanya dan meminta dia berubah sikap kerana didakwa agak garang dan sering memarahinya.Bagaimanapun, segala nasihat mangsa itu dibalas maki- hamun serta kata-kata kesat oleh teman wanitanya selain dia dimarahi di depan orang ramai.

Malah, wanita terbabit yang berang dan tidak dapat mengawal perasaan mengamuk dan memukul mangsa membuatkan lelaki berkenaan menanggung aib kerana kejadian itu diperhatikan orang ramai.

Menurut sumber, menyedari insiden memalukan itu diperhatikan orang ramai, mangsa segera membawa teman wanitanya itu keluar dari pusat beli-belah berkenaan dan menghantar kekasihnya pulang.

__________________________________________________

p/s : ganas gile awek dia..

Amy Search : Lagenda yang memang mantap!

Amy Search, nama yang sudah tak perlu nak diperkenalkan lagi dalam industri muzik tanahair..Sudah mengabdikan diri dalam bidang seni selama hampir 30 tahun..Merupakan ikon & lagenda rock tanakair, Amy kini semakin dihormati & disegani..


Menempa nama sebagai vokalis utama kumpulan rock Search, Amy mempunyai trademark tersendiri dengan suara yang lunak & tinggi tahap killer..Antara lagu² top yang sampai sekarang masih menjadi siulan ramai ialah Isabella, Fantasia Bulan Madu, Kejora & banyak lagi..

Menceritakan tentang Amy Search, baru² ini aku difahamkan dia sanggup menangguhkan pembedahan di leher kalau tak silap aku demi untuk menjayakan Konsert Amy - Suatu Masa yang akan berlangsung di Istana Budaya..Demi peminat, Amy sanggup menahan kesakitan..Harap² persembahan Amy akan terus mantap!

Apa yang aku tabik tentang Amy Search, walaupun dia seorang rockers lagenda tetapi dia tak pernah lupa asal-usulnya..Amy turut bersama menjayakan program² berbentuk keagamaan..Lihat je imej Amy dulu & sekarang..Walau ape pun perubahannya, Amy tetap Amy..Tetap mantap sesuai dengan statusnya sebagai lagenda..

Related Posts with Thumbnails