SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100
Showing posts with label yahudi. Show all posts
Showing posts with label yahudi. Show all posts

Sunday, 28 March 2010

Pencerobohan Israel ke atas Palestin satu tindakan yang biadab..

Saban hari bila baca paper atau tengok berita je mesti ada cerita pasal Israel & Palestin..Israel memang tak sudah dengan sifat bongkaknya, Palestin pulak kene tindas & dipijak..Sedih bila tengok gambar² rakyat Palestin kena tembak, cedera & mati..

Beberapa petikan berita yang aku baca pagi tadi cukup menyakitkan hati..Tatkala Palestin semakin dihimpit oleh kebiadapan Israel, masyarakat dunia terus membisu seolah menyokong tindakan kejam Israel itu..Sudahlah Amerika menjadi seteru kuat Israel, di mana negara² Islam..?

____________________________________________________________

Kereta kebal Zionis ceroboh Gaza

GAZA CITY 27 Mac - Seorang rakyat Palestin terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam serangan sepanjang malam oleh kereta kebal Israel yang menceroboh Gaza selepas dua askar Yahudi dibunuh pejuang Palestin semalam.

Angka kematian dan kecederaan terburuk dalam keganasan di Gaza dalam tempoh 14 bulan lalu ini berlaku apabila kereta kebal Israel melepaskan bedilan, menurut pegawai perubatan Palestin.

Menurut saksi, serangan ke atas Genting Gaza oleh pasukan tentera darat Israel turut disokong dengan helikopter.

Kereta kebal tersebut memasuki bahagian Khan Yunis, Gaza untuk satu tempoh singkat sebelum kembali semula ke kawasan Israel.

Pencerobohan itu berlaku selepas satu pertempuran ganas semalam di sempadan antara Genting Gaza dengan Israel yang mengorbankan dua askar dan seorang pegawai Yahudi serta empat penduduk Palestin, lapor tentera Israel.

Pegawai Palestin bagaimanapun masih belum mengesahkan angka tersebut.

Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas yang memerintah Gaza mengaku bertanggungjawab membunuh dua askar rejim Zionis itu dalam pertempuran sengit di wilayah itu sejak berakhirnya Perang Gaza 2008-2009.

Briged Al-Quds, satu lagi sayap tentera pejuang Palestin, Jihad Islam turut melaporkan pertempuran dengan tentera Israel.

Sementara itu, tentera Yahudi melaporkan bahawa pejuang Palestin telah melancarkan serangan roket dari Genting Gaza ke Israel pagi tadi namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan. - AFP

Tuesday, 9 March 2010

Masjid Al-Aqsa – Apa lagi propaganda & agenda Yahudi..?

Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Jika kita lihat pada gambar di atas, pasti ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa..Maka perhatikanlah dengan penuh teliti, anda pasti akan dapat lihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar² dalam gambar di atas..Antara percaya atau tidak, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya..

Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT..Akan tetapi ia kini berada di dalam kawasan jajahan Yahudi..Malahan mereka telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjid Al-Aqsa..Niat jahat mereka ialah mahu meruntuhkan Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya..Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Agenda mereka menghapuskan Masjidil Aqsa

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang “Al-Dastour” harian..Berhati-hatilah dengan perancangan golongan ‘Bintang Enam’ tentang Masjid Al-Aqsa..Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.

Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjid Al-Aqsa dan The Dome of The Rock.. Apabila sahaja disebut tentang Masjid Al-Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan..Sebab utama ia dilakukan adalah bagi menutup mata orang ramai di mana ianya adalah perancangan mereka..Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, di mana saya telah dimaklumkan bahawa mereka di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang Arab dan Muslim..Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya di mana² sahaja..Tak kira di rumah mahupun pejabat..

Ini meyakinkan saya bahawa mereka ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti..Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka mereka akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa²..Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat Arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut..Ini benar² membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini mereka telah berjaya dalam perancangan mereka..

Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai

Related Posts with Thumbnails