SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Sunday, 21 March 2010

Pusara di lebuhraya..

Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Pelbagai lebuh raya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuh raya ini
Melihat pusara diam menyepi


Menarik tak petikan lirik lagu di atas..? Lagu yang popular dari tahun 1990 sampai la sekarang dendangan kumpulan rock Ekamatra..Memang syahdu kan..? Lebih-lebih lagi dengan suara nyanyian Rahmat dan petikan gitar Shahrul..Memang best kalau korang hayati lagu ni betul-betul..


Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Kuteruskan perjalanan
Kutinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi

Apa yang aku nak ceritakan kali ni bukan je pasal lagu ni..Tapi korang tau tak betapa lagu tu menjadi mimpi ngeri buat segelintir survival ataupun ahli keluarga mangsa kemalangan maut..? Bahana menyaksikan ibu yang pilu kehilangan anak, isteri kehilangan suami, anak-anak kecil menjadi yatim piatu setelah kehilangan kedua-dua ibubapa, lebih pilu ada bakal pengantin atau tunang yang maut ketika dalam perjalanan pulang ke kampung bagi melangsungkan majlis..


Hampir setiap hari ada je kemalangan² maut berlaku di mana-mana saje..Kalau difikirkan logik akal, memang la dah ajal diorang..Tapi punca dan sebab²nya..? Bukan ke pasal cuai..? Atau memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol..? Ataupun memandu ikut rasa hati yang tengah panas..? Semuanya berpunca atas kecuaian kita jugak..Sejujurnya aku sebak bila baca berita tentang kemalangan ni, tak sanggup tengok ahli keluarga mangsa yang maut menangis sedih..Terutamanya bila baca pasal kemalangan bas ekspress, cukup sedih aku baca..

Mungkin pengalaman silam aku di mana aku kehilangan bekas tunang aku sekitar tahun 2007 akibat terbabit dalam kemalangan bas ekspress..Jadi sebab tu kot aku boleh selami macam mana perasaan ahli keluarga mangsa yang maut..Disebabkan kecuaian pemandu bas, berpuluh-puluh penumpang tak berdosa yang jadik mangsa..Sakit hati jugak kalau tengok driver tu tak mati sama..


Jadi aku harap kepada korang² yang memandu dan menunggang tu, berhati-hatilah ketika memandu atau menunggang kenderaan anda..Kadang² disebabkan kecuaian kecil, orang lain boleh menderita..Sayangilah diri dan masyarakat, jangan memandu atau menunggang ikut sedap sendiri je..Orang lain pun bayar road-tax..Jangan kerana kesilapan kita orang lain pulak jadik mangsa..Kalau nak cepat sangat mati, jangan babitkan mereka yang tak berdosa..

Saturday, 20 March 2010

40 penumpang bas ekspres nyaris maut..

KUANTAN 20 Mac. — Seramai 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di di Km 42 Jalan Kuantan-Kemaman pagi tadi.

Bas tersebut dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju Kuala Terengganu apabila kejadian berlaku kira-kira 3.40 pagi.

"Pemandu bas terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di situ. Bas itu kemudiannya terbabas ke kiri jalan dan merempuh papan tanda sebelum terbalik dan menggelungsur serta terjunam ke dalam tali air,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Zulkifli Taha.

Pemandu berkenaan dikenali sebagai Mohamad Faizal Abdullah, 52, dari Kluang, Johor.

Zulkifli berkata kesemua penumpang berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan polis. — Bernama

p/s : sekarang ni nak naik bas pun takut..

Tuesday, 9 March 2010

Kisah lembu melintas highway

Gara² lembu melintas kat highway, berlaku pulak kemalangan maut membabitkan 3 kenderaan..Kejadian berlaku di kilometer 445, lebuhraya utara-selatan awal pagi semalam mengakibatkan seorang maut di tempat kejadian..

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat wanita yang maut dalam kemalangan di hadapan SMT Teknik Sungai Buloh, semalam. REMUK...kereta Perodua Viva yang terbabit merempuh lembu di Lebuhraya Utara-Selatan dekat susur keluar Rawang arah utara, semalam.

Ni namanya malang tak berbau..Siapa sangka tengah² highway boleh ada lembu nak melintas..? Maka kita perlu lebih berhati-hati la tak kira di mana pun kita memandu..Sekarang ni kemalangan nak jadik bukan kira tempat..

Kadang² kalau kita terlalu hati² pun orang lain pulak buat hal..Macam² hal sekarang ni..Apa² pun kepada pemandu² berhemah, berhati-hati di jalanraya..Elakkan kemalangan, jadiklah orang yang cermat..

p/s : dulu aku pun nyaris² nak sebat babi hutan melintas kat jalan Kota Tinggi - Desaru..

Related Posts with Thumbnails