SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100
Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Wednesday, 24 March 2010

Tempat shopping kegemaran aku..

Salam semua..

Ape korang ingat orang lelaki tak gile shopping ke..? Aku pun ade kegilaan shopping jugak..Cuma rasenya taste kite berbeza..Korang suka shopping kat mana..? Alamanda..? KLCC..? City Square..? Jusco Tebrau City..? Pasar Borong Pandan..?

Walau kat mana pun tempat yang korang suke pergi tu, kat situ takkan jumpe barang yang aku suka shopping..Boleh kata setiap bulan mesti 3-4 kali jugak aku pergi situ sebab apa yang aku nak memang kat situ banyak boleh didapati dengan harga murah²..

Err..Kat mana ek..? Kat sini!

HALF CUT!

Dari mula² aku pakai kereta sampailah sekarang memang kat sini la aku akan beli segala barang² kereta..Ada jugak orang tanya aku, barang half cut ni tak cepat rosak ke..? Setakat ni apa aku berani jawab, tengok la pijak macam mana..Aku pakai ok je, cuma baru² ni je la mesin aku bermasalah sebab timing-belt putus..Habis kopak aku..

Kepada korang yang selama ni takut² nak beli kat half cut, boleh roger aku untuk kepastian atau pertanyaan..Sebab dari half cut jugak la kereta buruk aku dah jadik sedap mata memandang..Share sikit pasal upgrade info..

Sebelum

Enjin asal proton Magma 1.3

Selepas

Convert 4G63t - Evo 3

Campur² plak dengan


Maka inilah hasilnya

Sekadar gambar hiasan sahaja!

Kalau nak beli original Evo, memang tak mampu la beb..So, klon aje la..Walaupun tak dapat masuk dalam filem Evolusi KL-Drift 2, janji sedap mata memandang sedap kaki memijak..Lepas la pergi kerja & jalan²..Semua ni barang² terpakai yang aku beli dari half cut..

p/s : Daripada korang beli baru kat workshop mahal² tu, baik pakai barang half cut je..

Sunday, 21 March 2010

Pusara di lebuhraya..

Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Pelbagai lebuh raya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuh raya ini
Melihat pusara diam menyepi


Menarik tak petikan lirik lagu di atas..? Lagu yang popular dari tahun 1990 sampai la sekarang dendangan kumpulan rock Ekamatra..Memang syahdu kan..? Lebih-lebih lagi dengan suara nyanyian Rahmat dan petikan gitar Shahrul..Memang best kalau korang hayati lagu ni betul-betul..


Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Kuteruskan perjalanan
Kutinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi

Apa yang aku nak ceritakan kali ni bukan je pasal lagu ni..Tapi korang tau tak betapa lagu tu menjadi mimpi ngeri buat segelintir survival ataupun ahli keluarga mangsa kemalangan maut..? Bahana menyaksikan ibu yang pilu kehilangan anak, isteri kehilangan suami, anak-anak kecil menjadi yatim piatu setelah kehilangan kedua-dua ibubapa, lebih pilu ada bakal pengantin atau tunang yang maut ketika dalam perjalanan pulang ke kampung bagi melangsungkan majlis..


Hampir setiap hari ada je kemalangan² maut berlaku di mana-mana saje..Kalau difikirkan logik akal, memang la dah ajal diorang..Tapi punca dan sebab²nya..? Bukan ke pasal cuai..? Atau memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol..? Ataupun memandu ikut rasa hati yang tengah panas..? Semuanya berpunca atas kecuaian kita jugak..Sejujurnya aku sebak bila baca berita tentang kemalangan ni, tak sanggup tengok ahli keluarga mangsa yang maut menangis sedih..Terutamanya bila baca pasal kemalangan bas ekspress, cukup sedih aku baca..

Mungkin pengalaman silam aku di mana aku kehilangan bekas tunang aku sekitar tahun 2007 akibat terbabit dalam kemalangan bas ekspress..Jadi sebab tu kot aku boleh selami macam mana perasaan ahli keluarga mangsa yang maut..Disebabkan kecuaian pemandu bas, berpuluh-puluh penumpang tak berdosa yang jadik mangsa..Sakit hati jugak kalau tengok driver tu tak mati sama..


Jadi aku harap kepada korang² yang memandu dan menunggang tu, berhati-hatilah ketika memandu atau menunggang kenderaan anda..Kadang² disebabkan kecuaian kecil, orang lain boleh menderita..Sayangilah diri dan masyarakat, jangan memandu atau menunggang ikut sedap sendiri je..Orang lain pun bayar road-tax..Jangan kerana kesilapan kita orang lain pulak jadik mangsa..Kalau nak cepat sangat mati, jangan babitkan mereka yang tak berdosa..

Thursday, 18 March 2010

Kaki wayang : Evolusi KL Drift 2 - Tengok iklan macam best, tak sabar nak tunggu tayangan..


Sinopsis

Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir..Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu, tapi dah jadik professional drifter..

Selepas kemalangan yang di alami dalam KL Drift 1 dulu, Sham bukan lagi drifter sebab kakinya dah cacat & berjalan dengan bantuan tongkat..Peristiwa lampau & keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham..

Dalam kalut² plak muncul seorang awek bernama Aleeya yang juga seorang professional drifter.. Aleeya ni jeles dengan kehebatan Zack di litar lumba..

Joe yang dipanjangkan usia selepas terselamat daripada kemalangan maut masih lagi berdendam dengan Zack..Parut kat muka dia menguatkan lagi azam dia untuk menghapuskan Zack & konco²nya..

Ery sebagai orang kanan Joe juga berdendam dengan Zack sebab kawan baiknya Karl dipenjarakan..Selain dari memburu Zack, Joe nak menguasai seluruh perniagaan dadah di KL..

Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe..

Selebihnya kena tengok sendiri la kat panggung wayang terdekat sebab aku sendiri pun belum tengok..

p/s : sumber dari http://evolusikldrift2.com/

Tuesday, 9 March 2010

Kisah lembu melintas highway

Gara² lembu melintas kat highway, berlaku pulak kemalangan maut membabitkan 3 kenderaan..Kejadian berlaku di kilometer 445, lebuhraya utara-selatan awal pagi semalam mengakibatkan seorang maut di tempat kejadian..

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat wanita yang maut dalam kemalangan di hadapan SMT Teknik Sungai Buloh, semalam. REMUK...kereta Perodua Viva yang terbabit merempuh lembu di Lebuhraya Utara-Selatan dekat susur keluar Rawang arah utara, semalam.

Ni namanya malang tak berbau..Siapa sangka tengah² highway boleh ada lembu nak melintas..? Maka kita perlu lebih berhati-hati la tak kira di mana pun kita memandu..Sekarang ni kemalangan nak jadik bukan kira tempat..

Kadang² kalau kita terlalu hati² pun orang lain pulak buat hal..Macam² hal sekarang ni..Apa² pun kepada pemandu² berhemah, berhati-hati di jalanraya..Elakkan kemalangan, jadiklah orang yang cermat..

p/s : dulu aku pun nyaris² nak sebat babi hutan melintas kat jalan Kota Tinggi - Desaru..

Related Posts with Thumbnails