SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100

Monday, 5 April 2010

Mengapa harus bersedih..?

Allah benar janji-Nya..Allah telah menentukan sesuatu..Yang hilang tidak bermakna binasa, yang pergi tidak bermakna kita hilang segala..Kalau kita ukur banyak mana yang Allah ambil dibanding dengan banyak mana yang telah Allah beri kepada kita..

Firman Allah :

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." (Surah Ibrahim : 34)

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya, harta yang melimpah ruah..Pandang di sekeliling korang, apa yang kurang..? Takde yang kurang..Rumah, kereta, isteri, anak-anak segalanya cukup..

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa mesti berdukacita..? Mengapa harus bersedih..? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik..? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain..Tidak mustahil..

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya..Yakinlah..

Firman Allah :

“Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita." (Surah al-Ankabut : 33)

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak, penyakit yang menimpa, masalah keluarga yang banyak, masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan ini..Maka dia bersedih dan berdukacita..Jiwanya tertekan, muka muncung je sampai boleh buat gantung hanger..

Mengapa harus bersedih..? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah..? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah..Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini..Masalah yang besar yang tetap kita akan hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan..Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu..

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak membuat kita tertekan..Anak kita nakal, degil, tak dengar kata, suka melawan dan sebagainya..Bukankah sudah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha mendidiknya..? Ingatlah, setiap didikan (yang baik) yang kita beri kepada anak kita akan dibalas dengan ganjaran pahala oleh Allah SWT..

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini selain berdepan dengan hasutan iblis dan syaitan..? Iblis dan syaitan yang sentiasa menghasut kita untuk melakukan kejahatan..Sebab itu mujahadatun nafs (melawan nafsu), melawan iblis dan syaitan itu adalah asas kepada jihad manusia di muka bumi ini..

Iblis telah bersumpah kepada Allah SWT bahawa dia akan menyesatkan anak-anak Adam..Mereka akan berusaha untuk melakukannya sepanjang hayat kita..

Masalah yang kita lalui mematangkan pemikiran kita, mendewasakan kita..Akhirnya orang yang sudah banyak lalui masalah akan menjadi manusia yang tenang kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi..

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah, kita mesti terus berusaha, hanya Allah yang menentukan segalanya..

8 comments:

A N A K - A N A K K U said...

bgs tazkirah pepagi nie...manusia skrg semakin alfa...terima kasih kerana saling ingat mengingati....

farah ain said...

betul2 ..saya sokong..T_T..sekarang ramai yang tak reti bersyukur n bersaba bila dapat ujian,,mungkin kadang2 berlaku pada diri kita sndiri:)..saling mengingati antara satu sama lain adalah penting:)

puteri cahaya. said...

betul3.. setuju.. cam terkena pd diri ini jekkk.. hehehe. kite manusia xder yg sempurna, xdinafikan sume b'sifat mcmtu.. mudah lupe nikmatNYA, Bile ditarik semula baru sedar itu dan ini.. tq for sharing dan ingat mengingatkan ya..

peace,
puteri (",)

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

bagus*tandaslelaki like this*

selagi ALLAH menguji kita maka selagi itu lah kasih dan sayang nya pada kita tidak terputus

peace~

Miss Fadhilah said...

thkz..
post ni menydrkn diriku yg leka seketika akbt iktkn prsaan..
=)

fauzuskamaruddin said...

salam...

good entry..kd kdg bagi saya even klu saya perlu berfikir utuk sesuatu perkara, perkara yg penting la kan...pun bole buat sedih..sbb masih tk dpt jawapan yg dicari....pernah dlu msa nk besalin anak 1st saya di admitted ke hosp for 1month...saya tahu itu ujian ALLAH nk bagi kita tanggungjawab besar dalam hidup..hari2 saya menangis...gembeng sangat...and pada masa tu la saya boley nampak ramai yg menyayangi..famly dtg hari hari. kwn2 tk jemu lawat saya hubby jgn cerita lah..
mugkin itu ujian di bulan RAMADHAN
namun saya bersyukur dan ia buat saya lebih menghargai dan insaf

AZIZAN & HAFIZAH said...

Dapatkan panduan bina otot badan disini...agar anda lebih tuff dan macho....jgn segan2....miliki badan impian anda bermula disini...kami ajarkan cara yang selamat dan mudah diikuti...

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Related Posts with Thumbnails