SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100
Showing posts with label maaf. Show all posts
Showing posts with label maaf. Show all posts

Friday, 19 March 2010

Sorry seems to be the hardest words..?

Seharian aku duduk termenung memikirkan ape lagi salah silap yang dah aku buat..Aku pun dah tak tau nak cakap ape, nak buat ape & ape reaksi seterusnya..Maka aku pun melangkah kaki keluar dari rumah, melepet kat opis sambil membawa hati yang lara & bertemankan leptop..


Sebagai lelaki, memang semua lelaki pun ada ego..Tapi aku kikis & buang ego aku jauh² demi menjaga rumahtangga..Alangkah hancur hati aku bila aku yang terpaksa menelan segala kepahitan & keperitan ini..

Maka..Blog ini menjadi medan luahan hati seorang lelaki..Kenapa susah sangat ungkapan maaf tu nak keluar dari mulut seseorang..? Susah sangat ke nak mintak maaf kalau dah buat salah..? Adakah kerana satu perkataan maaf tu akan membuatkan manusia kehilangan maruah..? Jatuh air muka..?



Maaf la..Aku terlalu kecewa dengan situasi yang berlaku hari ini..Aku tak tau nak luah macam mana, maka aku luahkan kat sini..Aku harapkan ini satu pengajaran supaya ringankanlah mulut korang mengungkap perkataan maaf..Bukan kena bayar pun..Sebab dari kemaafan tu la yang akan mengeratkan lagi sesebuah ukhwah itu..

Related Posts with Thumbnails