SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100
Showing posts with label senyum. Show all posts
Showing posts with label senyum. Show all posts

Wednesday, 24 March 2010

Sakitnya hati!

Salam semua..

Peristiwa yang sangat² menyakitkan hati berlaku hari ni..Segalanya bermula hanya kerana nak bayar bil di Pejabat Pos berhampiran dengan office aku (dirahsiakan tempatnya)..Tapi aku rasa memang ada 1 je pejabat pos dekat² area office aku ni..

Biasa la time² gaji ni, semua dok berebut nak pi bayar bil itu ini..Maka tumpuan masyarakat ialah pejabat pos..Beraturlah aku menunggu giliran..Tengok nombor giliran aku 1552, tengok giliran sekarang 1512..Punyalah nazak nak menunggu, tapi nasib baik la ada semua kaunter dia bukak..

Apa yang buat aku hangin sangat ni, kakitangan kaunter yang sangat² tidak mesra alam..Dah aa muka ketat, lepas tu nak moody², siap dimarahnya orang..Apakah semua ni disebabkan tekanan..? Melepaskan tekanan dengan cara berkasar dengan orang awam..?

Di manakah terletaknya budi bahasa yang kita bangga²kan..? Kepada kakitangan² yang bertugas di kaunter, tak kire la kaunter ape sekalipun tolonglah hormati orang awam..Kalau nak bagi alasan tertekan atau ape pun, be professional la..Dah itu kerja korang, kena la kerja dengan ikhlas & penuh kesabaran..Kalau rasa tak boleh handle situasi & tekanan, baik korang berhenti je keje..Bagi peluang kepada penganggur², graduan² yang lebih memerlukan kerja..

Related Posts with Thumbnails