SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100

Saturday 20 March 2010

40 penumpang bas ekspres nyaris maut..

KUANTAN 20 Mac. — Seramai 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di di Km 42 Jalan Kuantan-Kemaman pagi tadi.

Bas tersebut dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju Kuala Terengganu apabila kejadian berlaku kira-kira 3.40 pagi.

"Pemandu bas terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di situ. Bas itu kemudiannya terbabas ke kiri jalan dan merempuh papan tanda sebelum terbalik dan menggelungsur serta terjunam ke dalam tali air,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Zulkifli Taha.

Pemandu berkenaan dikenali sebagai Mohamad Faizal Abdullah, 52, dari Kluang, Johor.

Zulkifli berkata kesemua penumpang berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan polis. — Bernama

p/s : sekarang ni nak naik bas pun takut..

2 comments:

joegrimjow said...

EKSIden
bahaya2

PEREKA CERITA said...

ajal maut ketentuan tuhan.. selamat masih idup.

Related Posts with Thumbnails