SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100

Thursday 18 March 2010

Kaki wayang : Green Zone - Memang menarik & padat..

Malam semalam sempat la aku menghabiskan masa untuk pergi menonton filem di pawagam berhampiran rumah aku ni..Kat mana lagi kalau bukan Jusco Tebrau..Niatnya nak menonton kehebatan filem Melayu dalam V3 : Samseng Jalanan, tapi tukar plan bila aku terpandang filem Green Zone akan ditayangkan pada jam 11 malam (midnight)..So, aku pun beli tiket untuk menonton Green Zone..


Green Zone merupakan filem lakonan hebat Matt Damon, Khalid Abdalla, Jason Isaacs, Greg Kinnear & Brendan Gleeson ni menceritakan tentang isu peperangan di Iraq..

Menariknya filem ni selain aksi peperangan dengan dentuman² bom serta tembakan² bertalu, jalan ceritanya jugak tidak memihak kepada Amerika..Mereka seperti membuka pekung Amerika sendiri tentang rancangan sebenar Amerika menyerang Iraq..Serius la kebanyakkan filem Amerika ni mesti nak menangkan Amerika je, tapi Green Zone plak berbeza..

Mengisahkan tentang sekumpulan askar Amerika di bawah pimpinan Roy Miller (Matt Damon) yang diberi misi untuk mengesan & menghapuskan WMD (Weapon of Mass Destruction)..Senang cerita, program senjata pemusnah yang kononnya dibangunkan oleh Iraq tuh la..Tapi sebab maklumat yang diorang dapat semuanya kosong atau tak benar, Roy Miller cuba mengupas kebenaran di sebalik peperangan & siapa dalang semua ni..

So, apa lagi..? Takkan aku nak story dari A-Z, nanti tak best la..Kepada kaki² wayang tu, ajak la pasangan anda atau family menonton Green Zone..Kalau tak pun, nantikan di kedai² DVD cetak rompak berhampiran..Memang puas hati & best..

1 comments:

Unknown said...

tgk dua kali kot cite niiii
memang superb! thumbs up!! =P

Related Posts with Thumbnails