SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100

Sunday, 28 March 2010

Pencerobohan Israel ke atas Palestin satu tindakan yang biadab..

Saban hari bila baca paper atau tengok berita je mesti ada cerita pasal Israel & Palestin..Israel memang tak sudah dengan sifat bongkaknya, Palestin pulak kene tindas & dipijak..Sedih bila tengok gambar² rakyat Palestin kena tembak, cedera & mati..

Beberapa petikan berita yang aku baca pagi tadi cukup menyakitkan hati..Tatkala Palestin semakin dihimpit oleh kebiadapan Israel, masyarakat dunia terus membisu seolah menyokong tindakan kejam Israel itu..Sudahlah Amerika menjadi seteru kuat Israel, di mana negara² Islam..?

____________________________________________________________

Kereta kebal Zionis ceroboh Gaza

GAZA CITY 27 Mac - Seorang rakyat Palestin terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam serangan sepanjang malam oleh kereta kebal Israel yang menceroboh Gaza selepas dua askar Yahudi dibunuh pejuang Palestin semalam.

Angka kematian dan kecederaan terburuk dalam keganasan di Gaza dalam tempoh 14 bulan lalu ini berlaku apabila kereta kebal Israel melepaskan bedilan, menurut pegawai perubatan Palestin.

Menurut saksi, serangan ke atas Genting Gaza oleh pasukan tentera darat Israel turut disokong dengan helikopter.

Kereta kebal tersebut memasuki bahagian Khan Yunis, Gaza untuk satu tempoh singkat sebelum kembali semula ke kawasan Israel.

Pencerobohan itu berlaku selepas satu pertempuran ganas semalam di sempadan antara Genting Gaza dengan Israel yang mengorbankan dua askar dan seorang pegawai Yahudi serta empat penduduk Palestin, lapor tentera Israel.

Pegawai Palestin bagaimanapun masih belum mengesahkan angka tersebut.

Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas yang memerintah Gaza mengaku bertanggungjawab membunuh dua askar rejim Zionis itu dalam pertempuran sengit di wilayah itu sejak berakhirnya Perang Gaza 2008-2009.

Briged Al-Quds, satu lagi sayap tentera pejuang Palestin, Jihad Islam turut melaporkan pertempuran dengan tentera Israel.

Sementara itu, tentera Yahudi melaporkan bahawa pejuang Palestin telah melancarkan serangan roket dari Genting Gaza ke Israel pagi tadi namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan. - AFP

0 comments:

Related Posts with Thumbnails