BEAUFORT (South Carolina): Sebuah pesawat berenjin tunggal dengan cermin depannya dikotori minyak merempuh dan membunuh seorang lelaki di pantai ketika juruterbang cuba melakukan pendaratan cemas, semalam.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa berada di pantai Palmetto Dunes itu kerana berjalan-jalan atau berjoging ketika pesawat dalam ujian, Lancair IV-P, melanggarnya.Jurucakap bomba Pulau Hilton Head, Joheida Fister, berkata sebelum itu pesawat terbabit mengalami kebocoran minyak ketika berada 3,900 meter di udara.
“Juruterbang cuba memandu pesawat itu ke Lapangan Terbang Hilton Head tetapi percikan minyak menghalang penglihatannya dan pihak berkuasa diberitahu, kipas juga terhenti,” katanya.
Menurut Joheida, juruterbang itu terpaksa cuba membuat pendaratan cemas di pantai tetapi secara tidak sengaja melanggar pengunjung yang kebetulan ada di situ.
Pesawat itu akhirnya berhenti tidak jauh dari pantai.
Joheida berkata, kemalangan itu agak pelik.
Sehingga awal malam tadi, identiti mangsa, juruterbang dan penumpang pesawat itu belum diumumkan.
Kata Joheida, Lancair IV-P itu berlepas dari Orlando pada jam 4.45 petang dan sepatutnya menuju Virginia.
Menurut laman web, pesawat itu boleh terbang selaju 595 kilometer sejam. - Agensi
p/s : nak pegi jalan² pun kena hati², takut kena langgar kapal terbang..
0 comments:
Post a Comment