SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100

Monday 22 March 2010

Kelebihan ayat² Al-Quran..

1. Bismillah (Dengan Nama Allah)..

  • Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya akan terpeliharalah dia dari godaan & gangguan syaitan, daripada bencana manusia & jin, daripada kecurian & kebakaran juga daripada kematian mengejut..
  • Barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, maka hinalah & ketakutanlah si zalim serta naiklah keberanian & kehebatan kepada pembaca..

2. Surah Al-Fatihah (Pembukaan)..
  • Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali di antara solat sunatnya nescaya akan diperkenankan permintaannya, jika sakit cepatlah sembuhnya & nescaya dikasihi oleh sekalian makhluk & ditakuti oleh musuh..
  • Barangsiapa membaca 20 kali selepas solat fardu nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah & keadaannya bertambah baik serta rohaninya bercahaya..

3. Ayat Kursi (Kekuasaan Allah)..
  • Barangsiapa membacanya sekali selepas solat fardu nescaya akan terpeliharalah dia dari tipu daya & gangguan syaitan..Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya & jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamatlah dari kecurian, kebakaran & bencana..
  • Barangsiapa sentiasa membaca ayat Kursi, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebaikan yang tidak terhitung banyaknya kepada setiap ahli keluarganya..
  • Barangsiapa berwuduk lalu membaca sekali nescaya Allah SWT akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat & Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Kiamat..
Disebut juga di dalam hadis yang lain :-
  • Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya sehingga ke subuh & mengurniakan kota 'nur' menurut bilangan rambut di badannya..Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira sebagai mati syahid..
Hadis yang lain mengatakan :-
  • Barangsiapa membacanya selepas setiap solat fardu nescaya akan terpeliharalah dia dari kekerasan Sakaratul Maut & Allah sendiri yang mencabut rohnya serta akan dibangkitkan dia bersama para Mujahid yang berjihad bersama para Anbiya hingga ia gugur syahid..
Imam Jaafar Shadiq r.a. berkata :-
  • Barangsiapa membaca sekali nescaya Allah akan menghindari dirinya daripada 1000 kesukaran duniawi di mana yang terkecil ialah kemiskinan & kepapaan juga dihindarkan dirinya dari 1000 kesukaran ukhrawi di mana yang terkecil sekali ialah azab api neraka..

4. Surah Al-Baqarah (Sapi Betina)..
  • Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir surah ini sebelum tidur maka akan terselamatlah dia dari segala bala bencana & mara bahaya..

5. Surah Ali-Imran (Keluarga Imran)..
  • Barangsiapa membaca 3 ayat pertama surah ini nescaya akan terselamatlah dia dari segala penyakit & gangguan jin..

6. Surah An-Nisa' (Perempuan)..
  • Barangsiapa yang membaca ayat ke-75 nescaya akan terselamatlah dia dari kejahatan para penjahat..

7. Surah Al-Maidah (Hidangan)..
  • Barangsiapa membaca ayat ke-7 sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, Insyallah akan terselamatlah dia dari was² semasa wuduk & solat..
  • Barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi..

8. Surah Al-An'am (Binatang Ternakan)..
  • Barangsiapa membacanya sebanyak 7 kali nescaya akan terhindar dari segala bala bencana..
  • Barangsiapa membaca ayat 63 & 64 ketika menaiki kenderaan, maka akan terhindarlah dari bencana atau kemalangan..

9. Surah Al-A'raf (Benteng Tinggi)..
  • Barangsiapa membaca ayat 23 selepas solat fardu lalu beristighfar kepada Allah nescaya akan terampun segala dosanya..
  • Barangsiapa membaca ayat 47 maka akan terpeliharalah dia dari kekacauan para penzalim serta akan mendapat rahmat Allah SWT..

10. Surah Al-Anfal (Rampasan)..
  • Barangsiapa membaca ayat 62 & 63 nescaya dia akan dicintai & dihormati oleh sekalian manusia..

11. Surah At-Touba (Pemutus Perhubungan)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya akan terselamat dari kemunafikan & akan mencapai hakikat iman..
  • Barangsiapa membaca ayat 111 di kedai atau di kawasan perniagaan maka akan maju perniagaannya itu..

12. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.)..
  • Barangsiapa membaca ayat 31 ke atas perempuan yang hamil nescaya perempuan itu akan melahirkan anaknya dengan selamat..
  • Barangsiapa membaca ayat 64 nescaya akan terhindarlah dia dari mimpi² buruk..

13. Surah Al-Hud (Nabi Hud a.s.)..
  • Barangsiapa membaca surah ini nescaya dia akan mendapat kekuatan & kehebatan serta ketenangan & ketenteraman jiwa..
  • Barangsiapa membaca ayat 56 pada setiap masa nescaya dia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat serta binatang² liar..
  • Barangsiapa membaca ayat 112 sebanyak 11 kali selepas solat nescaya akan mencapai ketetapan hati..

14. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.)..
  • Barangsiapa membaca surah ini maka akan dimurahkan rezekinya & diberikan kemuliaan kepadanya..
  • Barangsiapa membaca ayat 64 maka akan terhindarlah dia dari kepahitan & kesukaran hidup..
  • Barangsiapa membaca ayat 68 nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak²nya..

15. Surah Ar-Ra'd (Petir)..
  • Barangsiapa membaca ayat 13 maka akan terselamatlah dia dari petir..
  • Barangsiapa membaca ayat 28 nescaya akan sembuhlah dia dari penyakit jantungnya..

16. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.)..
  • Barangsiapa membaca ayat 32 hingga ayat 34 nescaya akan terhindarlah anak²nya dari perbuatan² syirik & bida'ah..

17. Surah Al-Hijr (Batu Gunung)..
  • Barangsiapa membaca 3 ayat terakhir ke atas perempuan yang sering keguguran kandungannya nescaya akan terselamat kandungannya dari keguguran..

18. Surah Al-Israa' (Anak² Israel)..
  • Barangsiapa membacanya ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang gagap, Insyallah akan hilang gagapnya itu..
  • Barangsiapa membaca ayat 80 ketika pulang dari perjalanan nescaya dia akan dimuliakan & dihormati oleh penduduk setempat..

19. Surah Al-Kahfi (Gua)..
  • Barangsiapa membacanya maka akan terhindar dari kemiskinan & kepapaan..
  • Barangsiapa membacanya pada malam Jumaat nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah..

20. Surah Maryam (Maryam)..
  • Barangsiapa yang membacanya nescaya akan mendapat kejayaan di dunia & di akhirat..

21. Surah Ta-Ha (Hai Manusia)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan & akan tercapai segala maksudnya..
  • Barangsiapa membaca ayat 25 hingga ayat 28 sebanyak 21 kali setiap hari selepas solat Subuh nescaya otaknya akan cerdas & akalnya akan sempurna..

22. Surah Al-Anbiyaa (Para Nabi)..
  • Barangsiapa membaca ayat 83 nescaya dia akan mendapat sebesar-besar darjat di sisi Allah SWT..

23. Surah Al-Hajj (Haji)..
  • Barangsiapa membacanya maka akan dibinasakan musuh²nya oleh Allah..

24. Surah Al-Mu'minun (Orang² Mukmin)..
  • Barangsiapa membacanya ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum arak nescaya dia tidak akan meminumnya lagi..
  • Barangsiapa membaca ayat 28 nescaya akan diselamatkan dari bencana, kecurian & serangan musuh..

25. Surah An-Nur (Cahaya)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya akan terhindarlah dia dari mimpi² yang buruk..
  • Barangsiapa membaca ayat 35 dari surah ini pada hari Jumaat sebelum solat Asar nescaya dia akan disegani oleh orang ramai..

26. Surah Al-Furqan (Pembaca)..
  • Barangsiapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumahnya nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang² liar & ular² yang berbisa..

27. Surah As-Syu'araa (Ahli² Syair)..
  • Barangsiapa membaca ayat 130 sebanyak 7 kali dengan satu nafas ke atas orang² yang digigit oleh binatang² berbisa nescaya akan hilang bisa² itu..

28. Surah An-Naml (Semut)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya nikmat² Allah akan kekal kepadanya..

29. Surah Al-Qasas (Cerita)..
  • Barangsiapa membacanya ke atas pekerja²nya nescaya mereka tidak akan mencuri & mengkhianat..
  • Barangsiapa membaca ayat 51 hingga ayat 55 nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna & budi pekertinya akan halus..

30. Surah Al-Ankabut (Labah²)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya demamnya akan sembuh..
  • Barangsiapa membacanya nescaya akan terhindarlah dia dari gelisah & keluh kesah..

31. Surah Ar-Rum (Orang² Rom)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya..

32. Surah Luqman (Luqman)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya akan terhindarlah dia dari segala penyakit² terutama penyakit² perut..
  • Barangsiapa membaca ayat 31 nescaya akan terselamatlah dia dari bencana banjir..

33. Surah As-Sajda (Sujud)..
  • Barangsiapa membaca ayat 7 hingga ayat 9 ke atas kanak² yang baru lahir nescaya akan terhindarlah dia dari segala penyakit rohani & jasmani..

34. Surah Al-Ahzab (Golongan²)..
  • Barangsiapa yang membaca ayat 45 hingga 48 nescaya dia akan mendapat kemuliaan & kehormatan sejati..
  • Barangsiapa membaca ayat 60 hingga 66 nescaya Allah akan membinasakan musuh²nya..

35. Surah Saba' (Negeri Saba')..
  • Barangsiapa membacanya maka akan terselamatlah dia dari segala bencana terutamanya kerosakan tanamannya..

36. Surah Fatir (Pencipta)..
  • Barangsiapa membaca ayat 29 & 30 nescaya Allah akan memberkati perniagaannya..

37. Surah Yasin

Sabda Rasulullah SAW :

"Tiap² sesuatu itu mempunyai hati & hati Al-Quran ialah surah Yasin..Yasin kerana Allah nescaya akan terampun segala dosa² kecuali dosa syirik.."

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :

"Hendaklah kamu membaca surah Yasin ke atas pesakit² yang menghadapi Sakaratul Maut, nescaya Allah akan meringankan kekerasan Sakaratul Maut itu.."

Dalam satu hadis yang lain pula Rasulullah SAW bersabda :

"Aku ingin benar surah Yasin ini dihafaz oleh tiap² umatku.."
  • Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat & cita²nya..
  • Barangsiapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat lalu dia berdoa & beristighfar untuk kedua ibubapanya nescaya dosa kedua ibubapanya akan diampunkan oleh Allah SWT..
  • Barangsiapa membacanya sekali ketika membuka kedai atau perniagaan nescaya akan maju perniagaannya itu..
  • Barangsiapa membacanya pada awal malam, andaikata meninggal dia pada malam itu maka dia mati syahid..
  • Barangsiapa membacanya sekali selepas solat Jumaat nescaya dia akan diselamatkan dari seksa kubur..
  • Jika dibaca oleh seorang askar ketika hendak turun ke medan peperangan, akan dikurniakan kepadanya keberanian & kegagahan oleh Allah SWT serta naiklah ketakutan oleh musuh²nya..
Hikmat² & khasiat² surah Yasin ini terlalu banyak & boleh didapati di dalam kitab² hadis, cukuplah setakat ini untuk amalan kalian..


38. Surah As-Syaffat (Yang Berbaris)..
  • Barangsiapa membacanya Insyallah akan terpeliharalah dia daripada gangguan jin..

39. Surah Sad..
  • Barangsiapa yang membaca ayat 42 nesaya dia akan mendapat kebahagiaan sejati..

2 comments:

Unknown said...

jom kte amalkan slalu...
hrap dpt kbrkatan dr ayat2 suci ne...

oYa said...

ermm tenang jiwa amalkan ayat suci Al-Quran ni

Related Posts with Thumbnails