SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100

Monday, 15 March 2010

Agaknya kalau takde cuti sekolah kat Malaysia ni, ramai orang tak kahwin kot..

Minggu ni dah pun bermula cuti sekolah bagi penggal ke berapa pun aku tak tahu pasal dah lama tinggalkan sekolah..Nampaknya di mana² dah mula nampak khemah, bunga manggar & bunyi paluan kompang menandakan adanya kenduri kahwin..

Memang dah jadik tradisi kat Malaysia ni la, bila nak buat kenduri kahwin je mesti tunggu cuti sekolah sebab masa tu memudahkan tetamu² ni datang..Jadi tak terkejar nak balik sebab anak nak sekolah..Agaknye la kalau takde cuti sekolah kat Malaysia ni, ramai orang tak kahwin kot..

Nak dijadikan cerita sedih pulak, semalam aku ada dapat 1 jemputan majlis perkahwinan makcik kepada sahabat aku..Lokasinya di Senai, Johor..Demi tidak menghampakan sahabat, aku pun bergegas la ke sana..Dari rumah aku ke Senai, aku selesa menggunakan laluan E22 (Lebuhraya Senai-Desaru) memandangkan jalan tak sibuk..

Malangnya, betul² jadik lebai malang..Boleh pulak la timing belt kereta aku putus kat tengah² highway..Nampaknya memang tak sampai la ke lokasi, mintak maaf banyak² la kepada sahabat berkenaan..Apa pun terima kasih la kepada pihak Safety Team E22 yang banyak memberi bantuan, kepada uncle towing (walaupun melayang RM200) & kepada saudara Gepeng (Southern Wheel Caw. Bandaraya JB) yang sudi datang memberi bantuan..

p/s : periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan..

5 comments:

Md Nasir said...

salam..
blogwalking..
betullah bro..hujung minggu jer kadang2 sampai 3-4 jemputan serentak.perut pun dah naik kembung makan nasi minyak..

Lelaki Ini said...

waalaikumsalam..

xpe bro, rezeki namanya..jimat duit makan.. :D

Lelaki Ini said...

Salam..

amboi cik linda, bukan main lagi..

hehee~

Wan Zawawi said...

Huhu apa nak wat kan bro,time cuti sekolah la semua ada,so memang sesuai sangat wat kenduri kahwin ni

Lelaki Ini said...

wazy : bro, sok lu kawen buat ari skola..

Related Posts with Thumbnails