KUALA LUMPUR 27 Mac - Polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengesan individu yang membuang bayi lelaki di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Sungai Buloh untuk mengenal pasti beberapa maklumat termasuk keturunan bayi itu.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan individu yang membuang bayi malang tersebut tinggal di kawasan berhampiran.
_______________________________________________________________
Kenapa mesti bila penyakit dah menjadi barah baru nak carik jalan penyelesaian..? Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saje berita baru mengenai penemuan bayi atau mayat bayi yang dibuang oleh mereka² yang tak bertanggungjawab ni..Sedih, marah & geram bila terbaca berita mengenai pembuangan bayi ni..
Apa sebenarnya bentuk hukuman yang sesuai kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas pembuangan bayi ni..? Pada aku baik dipenjara & sebat je..Kalau bayi yang diorang buang tu mati, perlu diwartakan di bawah Seksyen 302..Sama la dengan kesalahan membunuh..
Saranan aku sebagai masyarakat, pihak berkuasa perlu tegas dalam membanteras gejala buang bayi ni..Bayi bukan sampah nak dibuang-buang, bayi tu manusia..Takde dosa, bayi tu suci..Yang penuh kekotoran tu mak bapak dia..Jadik elok sangat la kalau dikenakan hukuman paling tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab membuang bayi tu..
7 comments:
hmm biasalah la tuh, kalau benda dah jadi baru nak ambil tindakan.
dalam kes buang bayi ni, semua pihak kena la bertanggungjawab, kalo ade kes bayi luar nikah, tolong lah jugak si ibu tu, sbb kadang2 kite x tau ape yang mneyebabkan dia jadi mcm tu.
hmm saya betol2 x leh tgk la kes buang bayi ni, bayi tu tak bersalah pun =.= kenapa nak buang mcm buang sampah
sebak betol tgok mayat baby tu...aper lah dosa tergamak mak dier wat mc tu....!!
haih,aku xleh tgok pic bayi2 tu
sedih
macam biasa la KERAjaan ni..
dah parah dulu baru nak tubuh pasukan itu la ini la.. propaganda semata-mata
biasalah..
aku tringat bebaru nie, adik aku kne ragut..seb bek x der barang penting..
polis cakap kt adik aku, "menyusahkan jer..bukan ade barang ilang pown..just beg kosong.."
(coz adik aku gtaw no plate moto peragut),so dy kne wat report kt org atas..
polis malas..
nk tggu barang ilang dulu ker? baru nk tangkap penjenayah?
aku yang marah..huu
benci betul dengan si pembuang bayi ni. baik lelaki & perempuan. kalau tau bila besar korang buang bayi, mesti parents korang dah buang korang sejak lahir! HUH!
nauzubillah...sungguh kejam dn tidak berperikemanusiaan.
Post a Comment