KUALA LUMPUR: Awek ganas! Hanya kerana dinasihati kekasihnya supaya menjadi perempuan baik, seorang gadis sanggup membelasah teman lelakinya selepas dia dikatakan tiba-tiba naik angin dan mengamuk dengan memaki serta memukul mangsa di depan khalayak. Dalam kejadian jam 7 malam Rabu lalu, mangsa, seorang penghantar surat berusia 20-an bertemu teman wanitanya itu di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Ketika itu, berlaku sedikit perselisihan faham apabila mangsa menegur kelakuan teman wanitanya dan meminta dia berubah sikap kerana didakwa agak garang dan sering memarahinya.Bagaimanapun, segala nasihat mangsa itu dibalas maki- hamun serta kata-kata kesat oleh teman wanitanya selain dia dimarahi di depan orang ramai.
Malah, wanita terbabit yang berang dan tidak dapat mengawal perasaan mengamuk dan memukul mangsa membuatkan lelaki berkenaan menanggung aib kerana kejadian itu diperhatikan orang ramai.
Menurut sumber, menyedari insiden memalukan itu diperhatikan orang ramai, mangsa segera membawa teman wanitanya itu keluar dari pusat beli-belah berkenaan dan menghantar kekasihnya pulang.
__________________________________________________
p/s : ganas gile awek dia..
11 comments:
ade jgk pompuan cmtu ek?
kalau xde xkan kluar berite ni kot..
huhuu..
bravo untuk sibelasah nie..pasal berani wat mcm tu..tpi tk respect ar kat si mamat kena belasah..ko gi biar diri dibelasah napa..blah jer tinggal awek tu..
masih suke gak ker mamat tu ngan pompoan tuh???patut la pompuan baek cam awek ninja single lagi ahaks!..
ganas weh..mna ciri2 kewanitaan dia ekk??emm..klu ak jd laki tu kompom ak larikkkkkkkkkkkk!!!miahaha
harap2 dia x buat isteri....kalau x...pam2la what happen after the marriage...
bengong tol laki tuh..siap leh anta blek..blah sudah..tah pape..
tu la, terkejut gak bce kt paper tdi.. tak sangka lak mengamuk kerana ditegur soh berkelakuan baik2..
sadis tul..
kental r pompuan 2 pukul lelaki..
jrg kesah ni..hehe
hahhaah
berita harian metro pelik2 jer
mesti malu bf dia. huhu tak jadi bini lagi tu.. huhu kalau dah jadi bini, agaknya kuasa veto la gf dia guna. hehe
Post a Comment