SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100

Sunday, 21 March 2010

Pusara di lebuhraya..

Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Pelbagai lebuh raya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuh raya ini
Melihat pusara diam menyepi


Menarik tak petikan lirik lagu di atas..? Lagu yang popular dari tahun 1990 sampai la sekarang dendangan kumpulan rock Ekamatra..Memang syahdu kan..? Lebih-lebih lagi dengan suara nyanyian Rahmat dan petikan gitar Shahrul..Memang best kalau korang hayati lagu ni betul-betul..


Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Kuteruskan perjalanan
Kutinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi

Apa yang aku nak ceritakan kali ni bukan je pasal lagu ni..Tapi korang tau tak betapa lagu tu menjadi mimpi ngeri buat segelintir survival ataupun ahli keluarga mangsa kemalangan maut..? Bahana menyaksikan ibu yang pilu kehilangan anak, isteri kehilangan suami, anak-anak kecil menjadi yatim piatu setelah kehilangan kedua-dua ibubapa, lebih pilu ada bakal pengantin atau tunang yang maut ketika dalam perjalanan pulang ke kampung bagi melangsungkan majlis..


Hampir setiap hari ada je kemalangan² maut berlaku di mana-mana saje..Kalau difikirkan logik akal, memang la dah ajal diorang..Tapi punca dan sebab²nya..? Bukan ke pasal cuai..? Atau memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol..? Ataupun memandu ikut rasa hati yang tengah panas..? Semuanya berpunca atas kecuaian kita jugak..Sejujurnya aku sebak bila baca berita tentang kemalangan ni, tak sanggup tengok ahli keluarga mangsa yang maut menangis sedih..Terutamanya bila baca pasal kemalangan bas ekspress, cukup sedih aku baca..

Mungkin pengalaman silam aku di mana aku kehilangan bekas tunang aku sekitar tahun 2007 akibat terbabit dalam kemalangan bas ekspress..Jadi sebab tu kot aku boleh selami macam mana perasaan ahli keluarga mangsa yang maut..Disebabkan kecuaian pemandu bas, berpuluh-puluh penumpang tak berdosa yang jadik mangsa..Sakit hati jugak kalau tengok driver tu tak mati sama..


Jadi aku harap kepada korang² yang memandu dan menunggang tu, berhati-hatilah ketika memandu atau menunggang kenderaan anda..Kadang² disebabkan kecuaian kecil, orang lain boleh menderita..Sayangilah diri dan masyarakat, jangan memandu atau menunggang ikut sedap sendiri je..Orang lain pun bayar road-tax..Jangan kerana kesilapan kita orang lain pulak jadik mangsa..Kalau nak cepat sangat mati, jangan babitkan mereka yang tak berdosa..

2 comments:

NADIRA SALIM said...

sedih baca entry gini..
moga masing2 berhati2 la tak kira d mana saje kita semua berada..

zermye adnan said...

teringt lak tgok bas AB xprs tu..my friend ad dlm tu skali nsb abik xde pape..just trkjut jer..berhati2 lah dmna shj...w kt rmh.~

Related Posts with Thumbnails