SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100

Wednesday, 17 March 2010

Ikan Keli..

Tengah hari tadi aku keluar mencari makan..Berkeliar jugak otak aku ni memikirkan ape yang boleh dimakan dengan harga yang berpatutan, lagi murah lagi bagus..

Apa yang menarik perhatian aku hari ni ialah ikan keli..Aku ni memang spesis hantu ikan keli, tak boleh jumpa..Tapi dulu zaman aku kecik² kalau nak makan ikan keli kena pegi tangkap kat paya, sampai kena sengat keli dulu..Ya Allah, dia punya sakit..Sampai bengkak² tapak tangan aku ni..

Sekarang ni ikan keli bersepah, murah² pulak tu..Maklum la, dah ramai yang menternak..Korang suka makan ikan keli tak..? Aku ni agak freak dengan ikan keli ni..Tak kisah la masak apa pun, janji ikan keli namanya..Yang paling aku suka, ikan keli masak sambal..Tapi kalau dimasak lemak cili api pun syok jugak, tambahan makan dengan nasik panas²..

Fuh, boleh jadik meleleh air liur aku tengok gambar kat atas tu..Tapi ini la antara makanan kegemaran aku, ikan keli..Pernah sekali tu kawan aku ajak aku melawat kolam ikan keli dia, aku memang suka la..Dapat jugak la 10-20 kilo, free pulak tu..Hehee..

Korang pulak yang tinggal sekitar JB kalau nak beli ikan keli kat pasar harganya sekitar RM5-RM6 sekilogram..Tapi kalau rasa nak budget, boleh la contact aku..Harga aku jual ialah harga pembekal iaitu sekitar RM4 sekilogram..Penghantaran percuma untuk yang tinggal area Johor Jaya - Pasir Gudang - Ulu Tiram - Johor Bahru, kalau nak datang ambik sendiri pun boleh..Pertanyaan atau tempahan sila hubungi : Sham - 0132759395

2 comments:

INTAN said...

errmm..

xsuka

xpernah makan

geli

lalalaaa..

KELI OH KELI said...

pelbagai info menarik ikan keli...
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails