SELAMAT DATANG KE BLOG INI | SILA TINGGALKAN PESAN & JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | TERIMA KASIH | JOM SERTAI CONTEST : APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM100

Wednesday 31 March 2010

Nak cuba menulis novel la plak..

Salam semua..

Dah memang jadik tabiat aku suka menulis, cuma tak tau la sebab apa aku nak menulis..Tapi kebelakangan ni aku rasa macam nak menghasilkan sebuah karya (pergh, ayat!)..

Mengingatkan aku lebih kurang 5 tahun lepas, aku ada menulis sebuah cerkon (cerita kontot) berjudul 'Litar' yang mengisahkan kehidupan seorang pelumba haram..Walaupun karya tersebut hanyalah sebuah karya yang sia² sebab lepas tu aku buang ke dalam tong sampah, tapi ada sorang kawan tu suruh aku tulis semula cerita tu cuma buat dalam bentuk novel atau e-book..

Agaknya kalau aku buat laku ke..? Silap² takde orang beli..Tapi bak kata orang, kalau tak cuba mana nak tau..So, aku pun akan memulakan pengajian cara² nak hasilkan sebuah e-Book sebelum aku melancarkan hasil pertama aku nanti..

p/s : korang beli la..kalau best boleh aku buat yang seterus²nya..

Seorang lagi bayi ‘terbuang’..?

Belum reda kisah seorang bayi perempuan ditemui dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di sini pada Sabtu lepas, timbul pula kisah seorang bayi perempuan yang ditinggalkan oleh ibunya sejak seminggu lalu..

Nasib yang dialami bayi perempuan ni agak baik la sebab dia ditinggalkan kepada seorang wanita di sebuah rumah di Ipoh..Ibu bayi itu menemui wanita tersebut minggu lepas & meminta dia menjaga anaknya yang baru berusia beberapa hari..

Aku terbaca artikel berkenaan kat Utusan Online & tak sangka gejala buang bayi ni dah jadik macam trend la plak..Apa la nak jadik dengan manusia ni..?

Tuesday 30 March 2010

Bank yang sangat menyusahkan..

Salam semua..

Pergh, 2 hari tanpa apa² update..Comform traffic blog aku down, silap² takde orang terjah..Maklum la, aku bukan blogger ternama..

Ape pun aku mulakan entry aku selepas 2 hari tanpa apa² update dengan sebuah kisah yang sangat menyakitkan hati..Aku terkena macam ni, korang pernah tak..?

Aku nak apply personal loan sebab aku nak pindah ke Putrajaya dalam bulan 6 nanti, so kena ada persediaan dari segi rumah & segalanya..Nak harap saving..? Dah kering dah lepas kahwin, lepas kereta aku timing-belt putus..So aku pun apply la personal loan kat sebuah bank ni..

Disebabkan gaji aku melalui Maybank, maka aku kena la dapatkan bank statement dari Maybank..So, aku pun terjah ke Maybank berhampiran office..Masuk je pintu bank, ada sorang pakcik guard kat situ tanya aku nak buat urusan ape..Bagus guard kat sini, siap dia escort aku sampai meja pegawai berkenaan..

Guard memang bagus, tapi staff dalam macam ****..Mula² guard tu kata kena jumpa Puan A (nama aku rahsiakan la, takut ade yang TERASA plak)..Puan A pulak suruh aku jumpa Encik B..Sampai kat Encik B, dia kata aku kena pergi kat Maybank tempat aku buat akaun aku..Kepala hotak dia la..Dah la aku jadik macam bola, hujung² kena pergi kat cawangan tempat aku buat akaun tu..Agaknya kalau aku buat akaun kat Kota Bahru, kena pergi sana la nak ambik bank statement..?

Takpe, rilek..Aku pun start kereta, rembat sampai kat cawangan Maybank tempat aku bukak akaun aku..Seperti biasa, guard memang tip-top..Suruh aku jumpa Puan C kat meja belakang..Aku pun pergi la ke meja Puan C, disuruh aku tunggu Puan D kejap..Aku pun tunggu, tengok jam dah pukol 3 petang..Nasib baik la office tu macam office hak milik bapak aku, boleh aku suka-suki keluar (bos, jangan marah kalau terbaca..hehee)..Setengah jam jugak aku keras tunggu Puan D, baru la dia muncul..So aku pun cakap la nak ambik bank statement sebab nak apply personal loan..

"Oh, bank statement ye..? You kena jumpa Encik E kat meja belakang ni," jawab Puan D selamba..

Ape motif aku tunggu Puan D lepas tu dia suruh aku jumpa Encik E kat belakang plak..? Sedangkan aku tengok Encik E ada je kat situ & tak busy mana pun dari tadi..? Hati dah panas, tapi rilek..Maka dengan bengkeknya aku pun jumpa Encik E..

"Bank statement awak kena isi form, lepas tu serah kat sini..Esok baru boleh ambik..Sertakan bayaran RM5 & cas sebanyak RM1 sehelai," demikian penerangan Encik E..

Kalau dia bagitau awal² kan senang..Tak payah aku buang masa menunggu..Isi form lepas tu blah, esok datang balik ambik bank statement..Dah la staff masing² muka ketat je, nak senyum pun macam kena bayar je..Sorry la kalau ada sape² yang kerja Maybank terasa ngan entry aku kali ni, tapi sape pun bengang kalau kena macam ni..Semua orang pun ada tekanan dengan kerja masing², tapi agak² la..

  • Jangan buat orang macam bola..Kejap ke sini kejap ke sana..
  • Jangan buang masa orang..
  • SENYUM & MESRA kepada orang ramai..
  • Orang lain pun tension jugak, tapi jangan la nak lepas tension kat orang plak..Kalau kena tampo kang dah susah..

Sunday 28 March 2010

15 Gaya tidur paling memikat..



COMING SOON!

COMING SOON!

BERSEDIALAH ANDA UNTUK MEMERAH OTAK

MENGGIGIT KEYBOARD

UNTUK MENYERTAI SEBUAH CONTEST

DENGAN HADIAH UTAMA

YANG LUMAYAN!

Buang bayi: Polis tubuh pasukan khas - Dah jadi barah baru nak diubat..?

KUALA LUMPUR 27 Mac - Polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengesan individu yang membuang bayi lelaki di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Sungai Buloh untuk mengenal pasti beberapa maklumat termasuk keturunan bayi itu.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan individu yang membuang bayi malang tersebut tinggal di kawasan berhampiran.

_______________________________________________________________

Kenapa mesti bila penyakit dah menjadi barah baru nak carik jalan penyelesaian..? Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saje berita baru mengenai penemuan bayi atau mayat bayi yang dibuang oleh mereka² yang tak bertanggungjawab ni..Sedih, marah & geram bila terbaca berita mengenai pembuangan bayi ni..

Apa sebenarnya bentuk hukuman yang sesuai kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas pembuangan bayi ni..? Pada aku baik dipenjara & sebat je..Kalau bayi yang diorang buang tu mati, perlu diwartakan di bawah Seksyen 302..Sama la dengan kesalahan membunuh..

Saranan aku sebagai masyarakat, pihak berkuasa perlu tegas dalam membanteras gejala buang bayi ni..Bayi bukan sampah nak dibuang-buang, bayi tu manusia..Takde dosa, bayi tu suci..Yang penuh kekotoran tu mak bapak dia..Jadik elok sangat la kalau dikenakan hukuman paling tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab membuang bayi tu..

Pencerobohan Israel ke atas Palestin satu tindakan yang biadab..

Saban hari bila baca paper atau tengok berita je mesti ada cerita pasal Israel & Palestin..Israel memang tak sudah dengan sifat bongkaknya, Palestin pulak kene tindas & dipijak..Sedih bila tengok gambar² rakyat Palestin kena tembak, cedera & mati..

Beberapa petikan berita yang aku baca pagi tadi cukup menyakitkan hati..Tatkala Palestin semakin dihimpit oleh kebiadapan Israel, masyarakat dunia terus membisu seolah menyokong tindakan kejam Israel itu..Sudahlah Amerika menjadi seteru kuat Israel, di mana negara² Islam..?

____________________________________________________________

Kereta kebal Zionis ceroboh Gaza

GAZA CITY 27 Mac - Seorang rakyat Palestin terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam serangan sepanjang malam oleh kereta kebal Israel yang menceroboh Gaza selepas dua askar Yahudi dibunuh pejuang Palestin semalam.

Angka kematian dan kecederaan terburuk dalam keganasan di Gaza dalam tempoh 14 bulan lalu ini berlaku apabila kereta kebal Israel melepaskan bedilan, menurut pegawai perubatan Palestin.

Menurut saksi, serangan ke atas Genting Gaza oleh pasukan tentera darat Israel turut disokong dengan helikopter.

Kereta kebal tersebut memasuki bahagian Khan Yunis, Gaza untuk satu tempoh singkat sebelum kembali semula ke kawasan Israel.

Pencerobohan itu berlaku selepas satu pertempuran ganas semalam di sempadan antara Genting Gaza dengan Israel yang mengorbankan dua askar dan seorang pegawai Yahudi serta empat penduduk Palestin, lapor tentera Israel.

Pegawai Palestin bagaimanapun masih belum mengesahkan angka tersebut.

Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas yang memerintah Gaza mengaku bertanggungjawab membunuh dua askar rejim Zionis itu dalam pertempuran sengit di wilayah itu sejak berakhirnya Perang Gaza 2008-2009.

Briged Al-Quds, satu lagi sayap tentera pejuang Palestin, Jihad Islam turut melaporkan pertempuran dengan tentera Israel.

Sementara itu, tentera Yahudi melaporkan bahawa pejuang Palestin telah melancarkan serangan roket dari Genting Gaza ke Israel pagi tadi namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan. - AFP

Saturday 27 March 2010

Diseksa kekasih garang : Tak pepasal je kene hempuk dengan awek..

KUALA LUMPUR: Awek ganas! Hanya kerana dinasihati kekasihnya supaya menjadi perempuan baik, seorang gadis sanggup membelasah teman lelakinya selepas dia dikatakan tiba-tiba naik angin dan mengamuk dengan memaki serta memukul mangsa di depan khalayak. Dalam kejadian jam 7 malam Rabu lalu, mangsa, seorang penghantar surat berusia 20-an bertemu teman wanitanya itu di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Ketika itu, berlaku sedikit perselisihan faham apabila mangsa menegur kelakuan teman wanitanya dan meminta dia berubah sikap kerana didakwa agak garang dan sering memarahinya.Bagaimanapun, segala nasihat mangsa itu dibalas maki- hamun serta kata-kata kesat oleh teman wanitanya selain dia dimarahi di depan orang ramai.

Malah, wanita terbabit yang berang dan tidak dapat mengawal perasaan mengamuk dan memukul mangsa membuatkan lelaki berkenaan menanggung aib kerana kejadian itu diperhatikan orang ramai.

Menurut sumber, menyedari insiden memalukan itu diperhatikan orang ramai, mangsa segera membawa teman wanitanya itu keluar dari pusat beli-belah berkenaan dan menghantar kekasihnya pulang.

__________________________________________________

p/s : ganas gile awek dia..

Amy Search : Lagenda yang memang mantap!

Amy Search, nama yang sudah tak perlu nak diperkenalkan lagi dalam industri muzik tanahair..Sudah mengabdikan diri dalam bidang seni selama hampir 30 tahun..Merupakan ikon & lagenda rock tanakair, Amy kini semakin dihormati & disegani..


Menempa nama sebagai vokalis utama kumpulan rock Search, Amy mempunyai trademark tersendiri dengan suara yang lunak & tinggi tahap killer..Antara lagu² top yang sampai sekarang masih menjadi siulan ramai ialah Isabella, Fantasia Bulan Madu, Kejora & banyak lagi..

Menceritakan tentang Amy Search, baru² ini aku difahamkan dia sanggup menangguhkan pembedahan di leher kalau tak silap aku demi untuk menjayakan Konsert Amy - Suatu Masa yang akan berlangsung di Istana Budaya..Demi peminat, Amy sanggup menahan kesakitan..Harap² persembahan Amy akan terus mantap!

Apa yang aku tabik tentang Amy Search, walaupun dia seorang rockers lagenda tetapi dia tak pernah lupa asal-usulnya..Amy turut bersama menjayakan program² berbentuk keagamaan..Lihat je imej Amy dulu & sekarang..Walau ape pun perubahannya, Amy tetap Amy..Tetap mantap sesuai dengan statusnya sebagai lagenda..

Earth Hour Malaysia 2010


Malam ini, seluruh Malaysia diminta memadam lampu untuk 60 minit atau 1 jam bagi membuktikan betapa sayangnya kita kepada bumi ni..Aku nak explain panjang lebar pasal Earth Hour ni pun bukannye aku reti sangat..So, support je la bagi menunjukkan yang diri ni sayangkan bumi..

Jadi tepat jam 8.30 malam ini aku akan memadam lampu kediaman aku selama sejam sambil di tangan ini menggenggam parang panjang..Mane la tau kot² ade perompak yang mengambil kesempatan, tetak aje kalau langkah masuk sini..

Sekiranya aku nak keluar ronda² town, aku akan pastikan lampu kereta aku jugak dipadamkan bagi menyahut seruan kempen tersebut..Semangat punya pasal, elakkan jadik macam gambar di bawah je la..


p/s : Walaupun kempen Earth Hour menyeru kita memadamkan lampu, jangan pulak memandu pun tutup lampu..Tu namanya carik pasal..

Thursday 25 March 2010

BLOGGER : Mari bantu kawan dalam kesusahan..

Salam semua..

Jalan² ke blog kak Asz tadi nak usha² keadaan adik Ammar, tiba² ada terpandang entry yang agak sedih jugak..Mari kita renungkan sebuah kisah insan yang memerlukan bantuan..

_________________________________________________

Pn. Haryani Mat Hussien merupakan seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis)..Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan..

Kini Haryani disara oleh ibunya seorang guru yang uzur akibat penyakit kencing manis ..Sepatutnya puan Haryani akan menjalani pembedahan di HUSM pada 18hb Mac 2010 baru2 ni..Namun menurut beberapa sumber, pembedahan itu akan dianjakkan (postpone)..

Program Bantuan Ikhlas Pembedahan Puan Haryani telah dilancarkan di Facebook..Tetapi feedbacknya amat tidak memuaskan..Sehinggakan jumlah wang yang terkumpul untuk pembedahan (RM8++) masih tidak mencukupi..

Diharap sesiapa yang berkemampuan tampil membantu :-

Nama: Haryani Mat Hussin.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 014 725 7787

Anda juga boleh menghubungi Puan Haryani di FB..:-
KLIK SINI & SINI


Wednesday 24 March 2010

Tempat shopping kegemaran aku..

Salam semua..

Ape korang ingat orang lelaki tak gile shopping ke..? Aku pun ade kegilaan shopping jugak..Cuma rasenya taste kite berbeza..Korang suka shopping kat mana..? Alamanda..? KLCC..? City Square..? Jusco Tebrau City..? Pasar Borong Pandan..?

Walau kat mana pun tempat yang korang suke pergi tu, kat situ takkan jumpe barang yang aku suka shopping..Boleh kata setiap bulan mesti 3-4 kali jugak aku pergi situ sebab apa yang aku nak memang kat situ banyak boleh didapati dengan harga murah²..

Err..Kat mana ek..? Kat sini!

HALF CUT!

Dari mula² aku pakai kereta sampailah sekarang memang kat sini la aku akan beli segala barang² kereta..Ada jugak orang tanya aku, barang half cut ni tak cepat rosak ke..? Setakat ni apa aku berani jawab, tengok la pijak macam mana..Aku pakai ok je, cuma baru² ni je la mesin aku bermasalah sebab timing-belt putus..Habis kopak aku..

Kepada korang yang selama ni takut² nak beli kat half cut, boleh roger aku untuk kepastian atau pertanyaan..Sebab dari half cut jugak la kereta buruk aku dah jadik sedap mata memandang..Share sikit pasal upgrade info..

Sebelum

Enjin asal proton Magma 1.3

Selepas

Convert 4G63t - Evo 3

Campur² plak dengan


Maka inilah hasilnya

Sekadar gambar hiasan sahaja!

Kalau nak beli original Evo, memang tak mampu la beb..So, klon aje la..Walaupun tak dapat masuk dalam filem Evolusi KL-Drift 2, janji sedap mata memandang sedap kaki memijak..Lepas la pergi kerja & jalan²..Semua ni barang² terpakai yang aku beli dari half cut..

p/s : Daripada korang beli baru kat workshop mahal² tu, baik pakai barang half cut je..

Pergh, menang Award la plak..

Nampaknya blog aku sudah kene terjah sama Encik Fatah la..

Terjah bukan terjah kosong beb tapi terjah sebab nak kasik aku

AWARD!


Rase macam tak percaya la plak bila blog aku yang baru setahun jagung (kalau jagung tu dah setahun, blog ni sebulan pun tak sampai) telah diperkenan untuk menerima AWARD dari Encik Fatah..Terima kasih banyak² aku ucapkan..

Tapi aku pun ada listing mereka² yang turut layak menerima AWARD ini..Bagi kategori Top Blogger 2010, calon²nya adalah :-
  1. Wazy
  2. Nine
  3. Eikasyaza
  4. White Eve
  5. P3Perak
  6. Adah
  7. Cik Yana
  8. Perantau London
  9. Cenderawasih
  10. Uda Cun
  11. Fia
  12. Korang semua yg melawat blog ni..Korang adalah yang terbaek!
Syarat²nya mudah je..Tak payah jawab soalan..

Ape yang perlu korang buat ialah :

  • Thanks & link to the person that gave you award..
  • Past this award onto 12 blogger's you've recently discovered and think are fantastic..
  • Contact and let them know they've won the award..
p/s : yg bawah ni aku copy-paste je..malas nak menaip.. ;p

BLOGGER : Gath & Holiday! - Discussion entry..

BLOGGER : Gath & Holiday!

Jom kita bincang² kat sini tentang tarikh, lokasi & etc

Nak bercuti, bersantai & beriadah

Plan aku nak jadikan program ni sebagai riadah keluarga

Boleh mengeratkan lagi ukhwah kita semua

Cadangan aku kita buat kat

EAGLE RANCH RESORT
KLIK BANNER DI ATAS UNTUK TINJAU²

Lokasinya terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan


Apa pendapat korang..?

Kalau ada cadangan lain sila kemukakan

KITA DISCUSS SAMA²

Sakitnya hati!

Salam semua..

Peristiwa yang sangat² menyakitkan hati berlaku hari ni..Segalanya bermula hanya kerana nak bayar bil di Pejabat Pos berhampiran dengan office aku (dirahsiakan tempatnya)..Tapi aku rasa memang ada 1 je pejabat pos dekat² area office aku ni..

Biasa la time² gaji ni, semua dok berebut nak pi bayar bil itu ini..Maka tumpuan masyarakat ialah pejabat pos..Beraturlah aku menunggu giliran..Tengok nombor giliran aku 1552, tengok giliran sekarang 1512..Punyalah nazak nak menunggu, tapi nasib baik la ada semua kaunter dia bukak..

Apa yang buat aku hangin sangat ni, kakitangan kaunter yang sangat² tidak mesra alam..Dah aa muka ketat, lepas tu nak moody², siap dimarahnya orang..Apakah semua ni disebabkan tekanan..? Melepaskan tekanan dengan cara berkasar dengan orang awam..?

Di manakah terletaknya budi bahasa yang kita bangga²kan..? Kepada kakitangan² yang bertugas di kaunter, tak kire la kaunter ape sekalipun tolonglah hormati orang awam..Kalau nak bagi alasan tertekan atau ape pun, be professional la..Dah itu kerja korang, kena la kerja dengan ikhlas & penuh kesabaran..Kalau rasa tak boleh handle situasi & tekanan, baik korang berhenti je keje..Bagi peluang kepada penganggur², graduan² yang lebih memerlukan kerja..

Pengurusan masa..

Firman Allah SWT :

Maksudnya :

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

(Surah al-Asr : 1-3)


Pengurusan Masa

  • Setiap individu diberi masa 24 jam
  • Urus masa dengan baik
  • Masa adalah usia
  • Jadualkan aktiviti harian
  • Usia adalah amanah Allah SWT
Kebaikan Pengurusan Masa
  • Dapat menguruskan aktiviti seharian dengan sempurna
  • Masa dapat dimanfaatkan sepenuhnya
  • Dapat menentukan keutamaan
  • Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga

Monday 22 March 2010

Blogger : Gath & Holiday!

Penat bekerja..?

Letih berblogging..?

Eh..Segalanya letih & penat la senang cakap

Apa kata kalau kita anjurkan satu program khas

BLOGGER : GATH & HOLIDAY!


Kita sama² plan date, venue, activities & segalanya di sini

Lepas tu

KITA ENJOY!

Manusia akhir zaman..

Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan² manusia yang berwajah manusia berhati syaitan..Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan..Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk & mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah..Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan mengumpat kamu..Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat padamu".

"Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan..Hukum di kalangan mereka adalah bida'ah & bida'ah di kalangan mereka adalah sunnah & tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang & memperbaharui bida'ah..Maka barangsiapa mengikut sunnahku pada waktu itu, dia akan menjadi asing & tinggal seorang diri & barangsiapa mengikut bida'ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih".

Para sahabat bertanya, "Apakah mereka melihatmu..?"

Jawab Nabi, "Tidak"

Para sahabat bertanya lagi, "Apakah turun wahyu kepada mereka..?"

Nabi menjawab, "Tidak"

Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimana keadaan mereka..?"

Jawab Nabi, "Seperti ulat dalam cuka".

Para sahabat bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama..?"

Jawab Nabi, "Seperti bara api di tangan..Kalau diletak dia akan padam & kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar".

3 rahsia membuatkan gadis gilakan anda..

Anda tentu pernah mendengar nasihat turun-temurun untuk membuat gadis² gilakan anda..Tetapi malangnya nasihat ini semua hanya sedap didengar sahaja..Kesannya tidaklah yang anda jangkakan..

Gadis tidak akan gilakan anda..Malah mereka akan membenci anda & mengganggap anda sebagai lelaki lembik..

Berikut adalah segelintir rahsia yang digunakan oleh kebanyakan lelaki yang berjaya menambat hati wanita..Tidak kira wanita jelita atau jelek..Wanita tetap wanita..Rahsia berikut akan membuat sebarang wanita gilakan kamu..

1) Jangan memuji si gadis, tapi kutuk si gadis..Bukan hinaan dimaksudkan, tetapi kutukan yang lembut tapi jelas..Si gadis akan gelabah jika dikutuk & secara tidak langsung akan membuat dia tertarik dengan anda..

Contoh:

Si gadis memakai kasut buruk..Anda menegur kasut buruknya..

Si gadis datang lambat..Anda menegur, bukan marah, kerana dia lambat..

Lakukan kutukan ini hanya sekali setiap kali anda berjumpa si gadis..Jangan tamak..


2) Jangan jadi lelaki setimentel/emosi atau lelaki jiwang..Wanita mahukan LELAKI bukan NYAH..

Contoh:

Jangan sekali luahkan perasaan atau masalah anda pada si gadis..Dan jika si gadis luahkan perasaan atau masalah mereka, jangan layan..Tukar subjek perbualan ke topik lain..


3) Jangan bersikap terhegeh-hegeh dengan si gadis..Sebaliknya buat mereka terhegeh-hegeh dengan anda..

Contoh:

Jika anda keluar makan, jangan bayar untuk si gadis..Cadang untuk bayar bersama..Kalau boleh cari helah supaya si gadis bayar untuk anda..

Jika si gadis sms atau telepon anda, katakan anda sibuk walaupun anda tak sibuk..Sms atau talipon kembali si gadis dua jam kemudian atau esok hari..

Jangan jemput gadis di rumah atau tempat kerja si gadis..Suruh mereka tunggu di tempat yang sesuai untuk anda..Di situ, anda jemput si gadis dan tuju ke destinasi yang anda mahu..

Jika anda keluar dengan si gadis secara kumpulan, jangan layan si gadis..Tumpukan perhatian anda pada gadis² lain..Bila gadis bercakap dengan anda, jawab sepatah dua & dengan pantas alih perhatian anda ke gadis² lain..

Inilah antara rahsia yang membuat gadis² gilakan anda..Mungkin anda tersentak dengan rahsia ini..Sungguh berlainan sekali dengan nasihat yang anda pernah dengar..Tapi realitinya, rahsia inilah yang boleh membuat anda berjaya dengan gadis yang anda idamkam selama ini..

p/s : aku dah try dlu..memng menjadi..tapi 3 bulan je, lepas tu terus clash..ni bukan tips, ini tipu ni..

Sekali kena tagged la plak..


Salam semua..

Satu kali aku dikejutkan oleh Cik Adah bile terbace komen dia kat shout box aku..Biar betul aku kena tagged..? Pemes sangat ke aku ni..? Takpe la, at least aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Adah yang sudi nak tagged aku..

1) Siapakah diri anda di rumah..?

Saya merupakan seorang suami kepada isteri, lelaki yang penyabar, penyayang, ceria & sayangkan kucing..Gila dengan muzik rock & kereta..Peminat setia Bumiputra Rockers & perosak industri muzik Tanahair..

2) Siapakah diri anda di samping rakan..?

Seorang sahabat & pendengar setia..

3) 5 benda yang anda idamkan tapi belum tercapai..

--> Toyota Caldina (bile la nak dapat ni)
--> Nak hantar mak ayah naik haji (Insyallah tahun depan)
--> Ada firm/company sendiri
--> Nak anak (baru ada 1 anak angkat)
--> Nak kahwin lagi (mampos kalau bini aku bace)

4) Siapakah nama pasangan anda..?

Oh..Biarlah rahsia..

5) Ceritakan 5 perkara yang paling anda tak suka tentang pasangan anda..?

Takkan aku nak cerita..Cuma yang paling top, aku tak suka kena membebel.. :p

6) Bila tarikh anda couple..?

Takde kapel², kawen je terus..

7) Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda..?

Ketika telan panadol..

8) Lagu tema cinta anda..

Dari sinar mata - Bumiputra Rockers!

9) Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda..?

Entah ek..semua pun ok je..

10) Tag 10 rakan anda yang lain

--> wazy (best pren ni..raja rempit simpang renggam)
--> nine (rakan sesenget aku)
--> eikasyaza (org yg suka jogging kt blog aku)
--> shasha (banyak contest baru aku tau sebab merayap pi blog dia)
--> cik aina (inspirasi aku banyak datang dari blog dia)
--> p3 (nyakat je kejenye)
--> arieza (contest pertama aku join anjuran dia)
--> 1D Boyz (rajin dia baca entry aku)
--> white eve (tak tau pesal aku nak letak dia)
--> cik ailebiu (yang ni pun rajin singgah blog aku)

Kelebihan ayat² Al-Quran..

1. Bismillah (Dengan Nama Allah)..

  • Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya akan terpeliharalah dia dari godaan & gangguan syaitan, daripada bencana manusia & jin, daripada kecurian & kebakaran juga daripada kematian mengejut..
  • Barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, maka hinalah & ketakutanlah si zalim serta naiklah keberanian & kehebatan kepada pembaca..

2. Surah Al-Fatihah (Pembukaan)..
  • Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali di antara solat sunatnya nescaya akan diperkenankan permintaannya, jika sakit cepatlah sembuhnya & nescaya dikasihi oleh sekalian makhluk & ditakuti oleh musuh..
  • Barangsiapa membaca 20 kali selepas solat fardu nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah & keadaannya bertambah baik serta rohaninya bercahaya..

3. Ayat Kursi (Kekuasaan Allah)..
  • Barangsiapa membacanya sekali selepas solat fardu nescaya akan terpeliharalah dia dari tipu daya & gangguan syaitan..Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya & jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamatlah dari kecurian, kebakaran & bencana..
  • Barangsiapa sentiasa membaca ayat Kursi, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebaikan yang tidak terhitung banyaknya kepada setiap ahli keluarganya..
  • Barangsiapa berwuduk lalu membaca sekali nescaya Allah SWT akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat & Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Kiamat..
Disebut juga di dalam hadis yang lain :-
  • Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya sehingga ke subuh & mengurniakan kota 'nur' menurut bilangan rambut di badannya..Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira sebagai mati syahid..
Hadis yang lain mengatakan :-
  • Barangsiapa membacanya selepas setiap solat fardu nescaya akan terpeliharalah dia dari kekerasan Sakaratul Maut & Allah sendiri yang mencabut rohnya serta akan dibangkitkan dia bersama para Mujahid yang berjihad bersama para Anbiya hingga ia gugur syahid..
Imam Jaafar Shadiq r.a. berkata :-
  • Barangsiapa membaca sekali nescaya Allah akan menghindari dirinya daripada 1000 kesukaran duniawi di mana yang terkecil ialah kemiskinan & kepapaan juga dihindarkan dirinya dari 1000 kesukaran ukhrawi di mana yang terkecil sekali ialah azab api neraka..

4. Surah Al-Baqarah (Sapi Betina)..
  • Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir surah ini sebelum tidur maka akan terselamatlah dia dari segala bala bencana & mara bahaya..

5. Surah Ali-Imran (Keluarga Imran)..
  • Barangsiapa membaca 3 ayat pertama surah ini nescaya akan terselamatlah dia dari segala penyakit & gangguan jin..

6. Surah An-Nisa' (Perempuan)..
  • Barangsiapa yang membaca ayat ke-75 nescaya akan terselamatlah dia dari kejahatan para penjahat..

7. Surah Al-Maidah (Hidangan)..
  • Barangsiapa membaca ayat ke-7 sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, Insyallah akan terselamatlah dia dari was² semasa wuduk & solat..
  • Barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi..

8. Surah Al-An'am (Binatang Ternakan)..
  • Barangsiapa membacanya sebanyak 7 kali nescaya akan terhindar dari segala bala bencana..
  • Barangsiapa membaca ayat 63 & 64 ketika menaiki kenderaan, maka akan terhindarlah dari bencana atau kemalangan..

9. Surah Al-A'raf (Benteng Tinggi)..
  • Barangsiapa membaca ayat 23 selepas solat fardu lalu beristighfar kepada Allah nescaya akan terampun segala dosanya..
  • Barangsiapa membaca ayat 47 maka akan terpeliharalah dia dari kekacauan para penzalim serta akan mendapat rahmat Allah SWT..

10. Surah Al-Anfal (Rampasan)..
  • Barangsiapa membaca ayat 62 & 63 nescaya dia akan dicintai & dihormati oleh sekalian manusia..

11. Surah At-Touba (Pemutus Perhubungan)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya akan terselamat dari kemunafikan & akan mencapai hakikat iman..
  • Barangsiapa membaca ayat 111 di kedai atau di kawasan perniagaan maka akan maju perniagaannya itu..

12. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.)..
  • Barangsiapa membaca ayat 31 ke atas perempuan yang hamil nescaya perempuan itu akan melahirkan anaknya dengan selamat..
  • Barangsiapa membaca ayat 64 nescaya akan terhindarlah dia dari mimpi² buruk..

13. Surah Al-Hud (Nabi Hud a.s.)..
  • Barangsiapa membaca surah ini nescaya dia akan mendapat kekuatan & kehebatan serta ketenangan & ketenteraman jiwa..
  • Barangsiapa membaca ayat 56 pada setiap masa nescaya dia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat serta binatang² liar..
  • Barangsiapa membaca ayat 112 sebanyak 11 kali selepas solat nescaya akan mencapai ketetapan hati..

14. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.)..
  • Barangsiapa membaca surah ini maka akan dimurahkan rezekinya & diberikan kemuliaan kepadanya..
  • Barangsiapa membaca ayat 64 maka akan terhindarlah dia dari kepahitan & kesukaran hidup..
  • Barangsiapa membaca ayat 68 nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak²nya..

15. Surah Ar-Ra'd (Petir)..
  • Barangsiapa membaca ayat 13 maka akan terselamatlah dia dari petir..
  • Barangsiapa membaca ayat 28 nescaya akan sembuhlah dia dari penyakit jantungnya..

16. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.)..
  • Barangsiapa membaca ayat 32 hingga ayat 34 nescaya akan terhindarlah anak²nya dari perbuatan² syirik & bida'ah..

17. Surah Al-Hijr (Batu Gunung)..
  • Barangsiapa membaca 3 ayat terakhir ke atas perempuan yang sering keguguran kandungannya nescaya akan terselamat kandungannya dari keguguran..

18. Surah Al-Israa' (Anak² Israel)..
  • Barangsiapa membacanya ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang gagap, Insyallah akan hilang gagapnya itu..
  • Barangsiapa membaca ayat 80 ketika pulang dari perjalanan nescaya dia akan dimuliakan & dihormati oleh penduduk setempat..

19. Surah Al-Kahfi (Gua)..
  • Barangsiapa membacanya maka akan terhindar dari kemiskinan & kepapaan..
  • Barangsiapa membacanya pada malam Jumaat nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah..

20. Surah Maryam (Maryam)..
  • Barangsiapa yang membacanya nescaya akan mendapat kejayaan di dunia & di akhirat..

21. Surah Ta-Ha (Hai Manusia)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan & akan tercapai segala maksudnya..
  • Barangsiapa membaca ayat 25 hingga ayat 28 sebanyak 21 kali setiap hari selepas solat Subuh nescaya otaknya akan cerdas & akalnya akan sempurna..

22. Surah Al-Anbiyaa (Para Nabi)..
  • Barangsiapa membaca ayat 83 nescaya dia akan mendapat sebesar-besar darjat di sisi Allah SWT..

23. Surah Al-Hajj (Haji)..
  • Barangsiapa membacanya maka akan dibinasakan musuh²nya oleh Allah..

24. Surah Al-Mu'minun (Orang² Mukmin)..
  • Barangsiapa membacanya ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum arak nescaya dia tidak akan meminumnya lagi..
  • Barangsiapa membaca ayat 28 nescaya akan diselamatkan dari bencana, kecurian & serangan musuh..

25. Surah An-Nur (Cahaya)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya akan terhindarlah dia dari mimpi² yang buruk..
  • Barangsiapa membaca ayat 35 dari surah ini pada hari Jumaat sebelum solat Asar nescaya dia akan disegani oleh orang ramai..

26. Surah Al-Furqan (Pembaca)..
  • Barangsiapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumahnya nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang² liar & ular² yang berbisa..

27. Surah As-Syu'araa (Ahli² Syair)..
  • Barangsiapa membaca ayat 130 sebanyak 7 kali dengan satu nafas ke atas orang² yang digigit oleh binatang² berbisa nescaya akan hilang bisa² itu..

28. Surah An-Naml (Semut)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya nikmat² Allah akan kekal kepadanya..

29. Surah Al-Qasas (Cerita)..
  • Barangsiapa membacanya ke atas pekerja²nya nescaya mereka tidak akan mencuri & mengkhianat..
  • Barangsiapa membaca ayat 51 hingga ayat 55 nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna & budi pekertinya akan halus..

30. Surah Al-Ankabut (Labah²)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya demamnya akan sembuh..
  • Barangsiapa membacanya nescaya akan terhindarlah dia dari gelisah & keluh kesah..

31. Surah Ar-Rum (Orang² Rom)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya..

32. Surah Luqman (Luqman)..
  • Barangsiapa membacanya nescaya akan terhindarlah dia dari segala penyakit² terutama penyakit² perut..
  • Barangsiapa membaca ayat 31 nescaya akan terselamatlah dia dari bencana banjir..

33. Surah As-Sajda (Sujud)..
  • Barangsiapa membaca ayat 7 hingga ayat 9 ke atas kanak² yang baru lahir nescaya akan terhindarlah dia dari segala penyakit rohani & jasmani..

34. Surah Al-Ahzab (Golongan²)..
  • Barangsiapa yang membaca ayat 45 hingga 48 nescaya dia akan mendapat kemuliaan & kehormatan sejati..
  • Barangsiapa membaca ayat 60 hingga 66 nescaya Allah akan membinasakan musuh²nya..

35. Surah Saba' (Negeri Saba')..
  • Barangsiapa membacanya maka akan terselamatlah dia dari segala bencana terutamanya kerosakan tanamannya..

36. Surah Fatir (Pencipta)..
  • Barangsiapa membaca ayat 29 & 30 nescaya Allah akan memberkati perniagaannya..

37. Surah Yasin

Sabda Rasulullah SAW :

"Tiap² sesuatu itu mempunyai hati & hati Al-Quran ialah surah Yasin..Yasin kerana Allah nescaya akan terampun segala dosa² kecuali dosa syirik.."

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :

"Hendaklah kamu membaca surah Yasin ke atas pesakit² yang menghadapi Sakaratul Maut, nescaya Allah akan meringankan kekerasan Sakaratul Maut itu.."

Dalam satu hadis yang lain pula Rasulullah SAW bersabda :

"Aku ingin benar surah Yasin ini dihafaz oleh tiap² umatku.."
  • Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat & cita²nya..
  • Barangsiapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat lalu dia berdoa & beristighfar untuk kedua ibubapanya nescaya dosa kedua ibubapanya akan diampunkan oleh Allah SWT..
  • Barangsiapa membacanya sekali ketika membuka kedai atau perniagaan nescaya akan maju perniagaannya itu..
  • Barangsiapa membacanya pada awal malam, andaikata meninggal dia pada malam itu maka dia mati syahid..
  • Barangsiapa membacanya sekali selepas solat Jumaat nescaya dia akan diselamatkan dari seksa kubur..
  • Jika dibaca oleh seorang askar ketika hendak turun ke medan peperangan, akan dikurniakan kepadanya keberanian & kegagahan oleh Allah SWT serta naiklah ketakutan oleh musuh²nya..
Hikmat² & khasiat² surah Yasin ini terlalu banyak & boleh didapati di dalam kitab² hadis, cukuplah setakat ini untuk amalan kalian..


38. Surah As-Syaffat (Yang Berbaris)..
  • Barangsiapa membacanya Insyallah akan terpeliharalah dia daripada gangguan jin..

39. Surah Sad..
  • Barangsiapa yang membaca ayat 42 nesaya dia akan mendapat kebahagiaan sejati..

Sunday 21 March 2010

Apa itu SEX..?

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada ibunya.. 'Ibu, Ibu..? Sex tu apa Ibu..?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara ibu dan
ayahnya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. "Jawapan ibu tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni."..seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

Malam pertama kita..

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke


''Malam Pertama Kita''

Kucing korang takut vacuum cleaner..?

Salam semua..

Nak sharing sikit la ngan korang..Kucing aku si Tompok tu takut gile dengan vacuum cleaner..Aku rasa la majoriti kucing takut dengan vacuum..

Ada sekali dia nampak vacuum, terus dia terkam, pukul² dengan tangan..Vacuum tak sakit, tapi dia la yang sakit..Lepas tu terus lari menyorok bawah katil bilik aku..Aku terpaksa la simpan vacuum kat tempat yang agak tersorok dari pandangan dia..

Aku dah simpan vacuum pun dia masih takut² nak keluar..Dia keluarkan kuku, bulu meremang tegak je, kena pujuk², rasuah kasik makan baru la dia nak keluar..Tak boleh blah aku tengok dia..

Start dari hari tu, setiap kali aku nak vacuum rumah je mesti dia lari jauh²..Hahaa..Kucing korang ada tak tabiat macam tu atau yang pelik² lagi..?

Pusara di lebuhraya..

Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Pelbagai lebuh raya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuh raya ini
Melihat pusara diam menyepi


Menarik tak petikan lirik lagu di atas..? Lagu yang popular dari tahun 1990 sampai la sekarang dendangan kumpulan rock Ekamatra..Memang syahdu kan..? Lebih-lebih lagi dengan suara nyanyian Rahmat dan petikan gitar Shahrul..Memang best kalau korang hayati lagu ni betul-betul..


Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Kuteruskan perjalanan
Kutinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi

Apa yang aku nak ceritakan kali ni bukan je pasal lagu ni..Tapi korang tau tak betapa lagu tu menjadi mimpi ngeri buat segelintir survival ataupun ahli keluarga mangsa kemalangan maut..? Bahana menyaksikan ibu yang pilu kehilangan anak, isteri kehilangan suami, anak-anak kecil menjadi yatim piatu setelah kehilangan kedua-dua ibubapa, lebih pilu ada bakal pengantin atau tunang yang maut ketika dalam perjalanan pulang ke kampung bagi melangsungkan majlis..


Hampir setiap hari ada je kemalangan² maut berlaku di mana-mana saje..Kalau difikirkan logik akal, memang la dah ajal diorang..Tapi punca dan sebab²nya..? Bukan ke pasal cuai..? Atau memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol..? Ataupun memandu ikut rasa hati yang tengah panas..? Semuanya berpunca atas kecuaian kita jugak..Sejujurnya aku sebak bila baca berita tentang kemalangan ni, tak sanggup tengok ahli keluarga mangsa yang maut menangis sedih..Terutamanya bila baca pasal kemalangan bas ekspress, cukup sedih aku baca..

Mungkin pengalaman silam aku di mana aku kehilangan bekas tunang aku sekitar tahun 2007 akibat terbabit dalam kemalangan bas ekspress..Jadi sebab tu kot aku boleh selami macam mana perasaan ahli keluarga mangsa yang maut..Disebabkan kecuaian pemandu bas, berpuluh-puluh penumpang tak berdosa yang jadik mangsa..Sakit hati jugak kalau tengok driver tu tak mati sama..


Jadi aku harap kepada korang² yang memandu dan menunggang tu, berhati-hatilah ketika memandu atau menunggang kenderaan anda..Kadang² disebabkan kecuaian kecil, orang lain boleh menderita..Sayangilah diri dan masyarakat, jangan memandu atau menunggang ikut sedap sendiri je..Orang lain pun bayar road-tax..Jangan kerana kesilapan kita orang lain pulak jadik mangsa..Kalau nak cepat sangat mati, jangan babitkan mereka yang tak berdosa..

Related Posts with Thumbnails